Hari ini pagi-pagi lagi aku bangun .... day trip lagi .. ergh,,,,
KB - KLIA 6.45am
KLIA - JB 10.30am
JB - KLIA 8.30pm change to 6.40pm retime to 7.00pm
KLIA - KB 10.30pm

Kerja-kerja-kerja - di Golden Lounge KLIA, nasib baik .. kalau tak, tak tau nak wat apa kat airport......
Sampai Johor Bharu, Halim anak Hj Saadon gi ambik kat airport Senai. Lepas tu terus ker Plaza Angsana, Johor Bharu.
Makan nasi kari kepala ikan berserta dengan Ulam Raja.
Pastu ke Teberau City Mall, pergi tengok Harris aka Popular.


Very nice shop.
Pastu kejar flight JB -KLIA 6.40pm, alhamdulillah dapat tukar... dapat ler lepak lama skit kat Golden Lounge, KLIA. Di bawah ni merupakan gambar abah sedang meredas kacang. Hmmm MAS rugi pun sebab kacang banyak abis ..hehehhe.


Hmm luper lak aku nak bagi tau, pada flight paginya, Kapten Cina yang bawak kami dari KLIA ke JB plak buat announcement "Selamat ...bla...bla. Saya bagi pihak Malaysia Airlines ingin memohon maaf kerana pertukaran pintu berlepas kerana pesawat asal yang telah mengalami kerosakan dan didapati tidak selamat untuk dinaiki. Dan sekarang ini kita telah berada di dalam pesawat yang lebih selamat sedikit dari pesawat tadi."
Ya Rabbi..... aku dengan abah gelak... nak terkucil pun ader. Ada ke patut dia buat announcement camtu? Ish Ish Ish. Mungkin tersalah cakap, tapi anyway, aku rasa MAS kena hantar staff dia belajar bahasa melayu. Nasib baik aku tak ingat nama kapten tu.
Hmmm ni gambar dalam toilet flight KLIA - KB.

~ishe~