Apakah itu Qada & Qadar?
Qada merupakan perlaksanaan manakala Qadar merupakan sukatan.
Ramai yang meletakkan segala kejadian yang berlaku di dalam kehidupan kita sebagai Qada dan Qadar. Sememangnya begitu. Kita sebagai umat Islam wajib mempercayai kepada rukun Iman yang ke enam ini, iaitu percaya kepada Qada dan Qadar.
Sebagai seorang umat Islam kita wajiblah kita sedar bahawa kita merupakan manusia yang lemah, maka Allah itu Maha Perkasa dan Maha Berkuasa. Segala yang berlaku adalah ketetapanNya.
Namun, kita boleh berusaha dan berdoa kerana dengan limpah rahmatNya, Allah mampu mengubah takdir kita.
Firman Allah taala yang bermaksud [Surah ar-Rad : Ayat 11]
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri."
Firman Allah taala yang bermaksud [Surah al-Baqarah : Ayat 186]
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku maka (jawaplah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Aku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran."
Kesimpulannya, berusahalah kerana Allah taala telah memerintahkan kita supaya berusaha. Dan apabila kita telah berusaha maka redhalah terhadap Qada dan Qadar kerana itulah sememangnya ketentuan Allah taala. Orang-orang yang tidak berusaha itu sangat rugi kerana mereka tidak membuat pilihan sedangkan mereka boleh mendapat ganjaran yang lebih baik sekiranya berusaha.
Wallahualam.
~ishe~
No comments:
Post a Comment