Tuesday, January 27, 2009

Mellow Madness - Biarlah Rahsia [Siti Nurhaliza]

Pernahkah kau bermimpi seketika
Berada di tempat ku
Membayangkan pahit manis berlaku
Tak siapa yang tahu

Mungkin nanti kau jua merasakan
Berdepan dengan kata menyesatkan
Tak kan ku melupakan
Tiada pertimbangan
**

Korus:

Keheningan malam membalutkan
Kepayahan jiwa meluahkan
Andai kau jujur memahami
Tiadaku menjauhi
***

# Dan kisahku yang masih panjang
Menambahkan berat yang memandang
Lantasku pendam ku putuskan
Biarlah rahsia
Semakin aku hitung dalam cinta
Tiada kuasa mampu menghalangnya
Hentikan kata-kata bertulangkan dusta
**

[ Ulang Korus ]

[ Ulang # ]

***
Dan kisah ku yang masih panjang
Menambahkan berat yang memandang
Lantas ku pendam ku putuskan
Biarlah rahsia
Pernahkah kau bermimpi seketika berada di tempatku...


p/s : apabila berlaku satu-satu keadaan itu boleh mengeruhkan lagi keadaan, sebaik-baiknya biarlah ianya menjadi rahsia buat sementara. Sebesar2 dunia menjadi sekecil2 ruang. Allah maha berkuasa ....

~hj ishe~

Saturday, January 24, 2009

Kabhi Kushi Kabhi Gham

Hari ini aku teringat akan satu cerita yang tersohor di suatu masa dahulu - 'Kabhi Kushi Kabhi Gham' - yang membawa maksud - 'Sometimes Happines, Sometimes Sadness' - 'Kadangkala Gembira, Kadangkala Bersedih'.

'Kemarahan itu sebahagian daripada kasih sayang seorang bapa' ucapan Amitabh Bachan kepada Shah Rukh Khan.

'Perlukah seorang bapa meminta maaf kepada seorang anak?' merupakan satu lagi kata-kata beliau di dalam filem ini.

Aku yang bukan kaki cerita Hindustan pun terheret dalam kesedihan dan kegembiraan cerita ini. Rasanya kita tidak perlu malu untuk menitis airmata bila mengenangkan ibubapa kita.

Selagi ada hayat dikandung badan, sayangilah ibubapa kita. Mungkin kita tidak dapat menjenguknya setiap hari, namun 30sen harga yang dibayar untuk menghubungi ibubapa bukanlah satu harga yang mahal tetapi merupakan satu ingatan yang sangat mahal bagi ibu dan bapa.

Pengalaman 21 tahun menjadi seorang bapa membuatkan aku mengerti betapa seorang bapa amat memerlukan seorang anaknya. Merindui suaranya, merindui tingkahlakunya. Sekejap sudah cukup untuk menghiburkan hati ini.

Kepada rakan-rakan yang membaca blog ini, hubungilah ibubapa anda sentiasa. Jangan kata tiada masa, dalam perjalanan ke tempat kerja, terutama yang berada di Kuala Lumpur, anda akan menempuhi jem apabila ke tempat kerja. Pasanglah earphone, hubungi ibubapa anda.

Insya'Allah, aku akan cuba menghubungi ibubapa aku sekerap mungkin.

Amin

~hj ishe~

Friday, January 23, 2009

Palestin

2 minggu yang lalu ktia dikejutkan dengan serangan Israel ke atas rakyat Palestin. Setiap hari, air mata kita pasti mengalir apabila menatap suratkhabar yang sentiasa memaparkan gambar-gambar penderitaan rakyat Palestin.

Ada yang mati, ada yang cacat, ada yang cedera dan ada yang terselamat. Golongan yang menjadi sasaran pula tidak kira, tua, muda, dewasa, kanak-kanak, bayi, lelaki ataupun perempuan.

Yang hampir pasti, kanak-kanak Palestin hari ini dalam masa 10-15 tahun lagi akan menjadi remaja dan dewasa. Dan yang pasti pula, kanak-kanak 10-15 tahun lepas, kini telah remaja mahupun dewasa.

Apakah yang akan terjadi dan telah terjadi? Kebencian terhadap rakyat Israel pasti memuncak kerana menghancurkan kehidupan mereka hari ini mahupun yang lepas. Jadi tidak hairanlah hari ini remaja Palestin sanggup menggadai nyawa. Apa yang berlaku tahun ini telah pun berlaku 10-15 tahun lepas. Sejak tahun 1948 lagi Israel telah memulakan sengketanya dengan Palestin. Kini 61 tahun berlalu, belum ada tanda-tanda perdamaian boleh dicari.

Kanak-kanak yang berumur 1 tahun pada tahun 1948, kini berumur 62 tahun. 61 tahun sengsara bukan satu masa yang sekejap. Kita yang hidup 42 tahun tanpa sengsara pun terasa agak lama kehidupan ini dan bermacam yang dilalui.

Semoga Allah menyelamatkan rakyat Palestin dan menguatkan umat Islam seluruh dunia, Amin.

~hj ishe~

Bercuti

Semalam aku ambik cuti sehari. Hehehe ...keje sendiri kena ambik cuti gak ker? Memang ler... kalau tak, nanti telefon berdering-dering kacau aku. Sebab apa aku ambik cuti?

1. Lampu ET - tujuannya supaya bila malam rumah aku akan terang benderang apabila manusia cuba menghampiri rumah aku.



2. Lampu Globe - aku beli dah dekat 2 minggu, ari ni baru boleh pasang. Cantik gak bila malam menjelma, menceriakan lagi suasana.


3. Topi Alien - untuk mengelakkan sang cicak masuk ke dalam Pacific Auto Clean Hood yang aku pakai dekat 2 tahun.

4. Lampu Downlight - banyak yang problem. So panggil dia orang settle sekali gus.

5. Water Heater - akhirnya aku beli water heater. Sekarang aku bleh mandi pagi, tak sejuk lagi. Tapikan, dah masuk musim panas baru beli erk? hehhe tak per la.... kang datang musim hujan susah nak pasang. Hmmmm menunggu musim hujan datang ... meh ler.. aku tak sejuk lagi.

Azam tahun ini - nak jaga harta yang Allah amanahkan kepada aku sebaik-baik mungkin, Amin.

p/s gambar nanti aku upload soon.

~hj ishe~

Thursday, January 1, 2009

Selamat Tahun Baru 2009

Selamat Tahun Baru 2009 diucapkan kepada semua pembaca blog saya ini.

Semoga tahun baru ini membawa rahmat dan kebaikan kepada diri saya dan keluarga.

Dengan izin Allah, AMIN.

~hj ishe~