Friday, January 23, 2009

Palestin

2 minggu yang lalu ktia dikejutkan dengan serangan Israel ke atas rakyat Palestin. Setiap hari, air mata kita pasti mengalir apabila menatap suratkhabar yang sentiasa memaparkan gambar-gambar penderitaan rakyat Palestin.

Ada yang mati, ada yang cacat, ada yang cedera dan ada yang terselamat. Golongan yang menjadi sasaran pula tidak kira, tua, muda, dewasa, kanak-kanak, bayi, lelaki ataupun perempuan.

Yang hampir pasti, kanak-kanak Palestin hari ini dalam masa 10-15 tahun lagi akan menjadi remaja dan dewasa. Dan yang pasti pula, kanak-kanak 10-15 tahun lepas, kini telah remaja mahupun dewasa.

Apakah yang akan terjadi dan telah terjadi? Kebencian terhadap rakyat Israel pasti memuncak kerana menghancurkan kehidupan mereka hari ini mahupun yang lepas. Jadi tidak hairanlah hari ini remaja Palestin sanggup menggadai nyawa. Apa yang berlaku tahun ini telah pun berlaku 10-15 tahun lepas. Sejak tahun 1948 lagi Israel telah memulakan sengketanya dengan Palestin. Kini 61 tahun berlalu, belum ada tanda-tanda perdamaian boleh dicari.

Kanak-kanak yang berumur 1 tahun pada tahun 1948, kini berumur 62 tahun. 61 tahun sengsara bukan satu masa yang sekejap. Kita yang hidup 42 tahun tanpa sengsara pun terasa agak lama kehidupan ini dan bermacam yang dilalui.

Semoga Allah menyelamatkan rakyat Palestin dan menguatkan umat Islam seluruh dunia, Amin.

~hj ishe~

No comments: