Saturday, February 28, 2009
De-clutter
Sebab aku sayang rumah aku, ribu-ribu bayo sebulan ..... takkan ler tak sayang.
Kalau nasib baik, aku mati pun loan umah blum settle lagik. Sebab apa erk nasib baik? Sebab aku ada insurans, hehehe, kalau aku mati, insuran bayor.
Hmmm, mau jadik janda kaya bini aku. Hmmmm jangan doakan aku mati cepat udah ler....
Target aku? Simple jer, besok aku clear yang kat luar umah dulu.
Balik nanti, nak clear yang dalam bilik dulu - almari aku yang dah lama tak buat spring cleaning.
Pastu - last but not least, bilik PINK.
Harap-harap projek ni akan berjalan lancar sebelum kami bertolak bulan 3 ni.
~hj ishe~
Friday, February 27, 2009
Wednesday, February 18, 2009
Control Freak?
Sebabnya? Ntah ler... aku pun x faham.
Bagi aku, kalau nak cakap apa-apa, cakap jer.
Jangan nak tunggu orang lain cakap dulu.
Ni masuk topik pengharapan la plak.
Aku telah berhenti dari berharap.
Apabila kita berharap, dan bila orang tak melakukan seperti apa yang kita kehendaki, maka kita akan merasa dukacita, geram dan marah.
Oleh itu, aku telah lama berhenti berharap.

Aku tak percaya lagi
Dengan apa yang kau beri
Aku terdampar disini
Tersudut menunggu mati
Aku tak percaya lagi
Akan guna matahari
Yang dulu mampu terangi
Sudut gelap hati ini
Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat
Kenapa ada derita
Bila bahagia tercipta
Kenapa ada sang hitam
Bila putih menyenangkan
Haa…
Aku pulang…
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku
Aku pulang…
Tanpa dendam
Ku salutkan kemenanganmu
Woo…
Kau ajarkan aku bahagia
Kau ajarkan aku derita
Kau tunjukan aku bahagia
Kau tunjukan aku derita
Kau berikan aku bahagia
Kau berikan aku derita
Haa…
Haa…
Aku pulang…
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku
Rebahkan tangguhmu
Lepaskan perlahan
Kau akan mengerti
Semua…
Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat
~hj ishe~
Monday, February 16, 2009
RM8K
Hari ini, seorang yang aku kenal telah membuat keputusan yang memeranjatkan.
RM8K telah digadaikan dengan sejumlah wang sebanyak RM240.
Masa, tenaga telah dibazirkan.
Pegawai IT tidak langsung menggunakan IT untuk berkomunikasi.
Harap-harap, lain-lain keputusan otak akan pakai untuk membuat keputusan selainnya.
~hj ihe~
Satu Hari Di Bulan Februari
Appoinment bermula seawal jam 9 pagi lagi. Habis appoinment pertama .... aku berkejar menuju ke HQ. Sesampai di sana, hampir 15 orang supplier yang sedang menunggu dari seawal jam 9.15 pagi.
Seorang demi seorang pesakit dirawati. Yang sembuh semakin perlahan, yang sakit semakin rancak. Aku cuba fokus supaya tidak kehilangan arah dan punca. Yang sakit mula melarikan diri apabila jam mulai menunjukkan pukul 1 tengahari. Ada yang ingin kembali besok, malah ada yang ingin kembali petang ini.
Jam menunjukkan pukul 2.30 petang, aku dan rakan-rakan bergegas mencari suapan tengahari. Akhirnya, mendarat di D'Bayam, rasanya boleh la tahan.
3.30 petang, sang doktor kembali merawat pesakit. Pesakit terakhir dirawat pada pukul 6.20 petang.
Sekembalinya di rumah, hati teruja melihat sang MERAH. Puas hati dengan kos yang dibayar, aku membelek sisi demi sisi.
Jam menujukkan 7.15malam..... aku n keluarga berangkat menuju ke destinasi berikutnya.
Kol 7.15, 8.15pm, 9pm, 10pm, 10.30pm .... barulah last flight.....
Sampai di rumah dah kol 10.40pm.... penat weh....
Seharian begini....
Memang mengharapkan sangat-sangat bantuan.... tetapi .... maklumlah....malas nak citer.
~hj ishe~
Sunday, February 15, 2009
Pepatah 2
"Bukan senang nak senang, dan bukan susah nak susah ...."
Maknanya? Renung-renungkanlah.
Monolog -
Terkadang dalam kita beremosi, kita terlupa kepada keadaan sekeliling kita.
Terlupa kepada orang yang kita sayang.
Terlupa kepada keselamatan orang yang kita sayang.
Terlupa kepada kebahagiaan yang kita abadikan.
Dan terlupa akan kesusahan yang bakal orang terima akibat dari perlakuan kita.
Oleh itu, bawaklah bersabar walaupun kita terpaksa hanya merasai rasa marah dan dendam.
~hj ishe~
Friday, February 13, 2009
Pantun
Dua kali dapat pahala,
Tiga kalu pecah kepala...
Maksudnya? Renung-renungkanlah.
~hj ishe~
Thursday, February 12, 2009
Pepatah
"Kalau hendak menarik rambut di dalam tepung, biarlah rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak"
Entri ini merupakan satu entri yang mempunyai makna yang tersendiri.
~hj ishe~
Thursday, February 5, 2009
Convenient Marriage
Kami tergelak bila keluar satu kenyataan antara kami iaitu "Perkahwinan Mudah [Convenient Marriage] merupakan sesuatu yang tidak akan kekal lama". Hal ini ditujukan kepada perkahwinan mudah antara Pakatan Rakyat. Ini memang sesuatu yang kita semua tahu bahawa kerajaan negeri Perak merupakan satu perkahwinan mudah antara 3 parti.
Ketiga-tiga parti ini sentiasa tidak sependapat dalam beberapa perkara asas perjuangan. Contohnya, Hukum Hudud yang diperjuangkan oleh PAS, sangat-sangat ditentang oleh DAP manakala PKR pula mengambil sikap berdiam diri dalam hal ini.
Aku berpendapat, sudah tiba masanya kerajaan berbuat sesuatu dalam hal-hal lompat parti ini. Ini adalah kerana para pengundi mengundi berdasarkan 2 faktor:
- Parti
- Calon Parti
Akan tetapi, jika faktor pertama yang menjadi sebab musabab sesorang calon itu diundi - di sinilah punca kepada segala masalah.
Kedua-dua faktor ini sebenarnya tidak dapat dibezakan oleh undi-undi yang diterima oleh calon-calon.
Oleh itu, aku berpendapat, apabila seseorang itu cuba melompat parti, maka hilanglah segala kepercayaan yang diamanahkan oleh para pengundi. Logiknya, piihanraya seharusnya diadakan semula bagi menilai semula kehendak para pengundi.
Namun, peruntukan bagi akta ini tidak ada di dalam perundangan negara kita.
BN pun tak, PR pun tak.
Cukuplah politik untuk hari ini.
~hj ishe~