Kami tergelak bila keluar satu kenyataan antara kami iaitu "Perkahwinan Mudah [Convenient Marriage] merupakan sesuatu yang tidak akan kekal lama". Hal ini ditujukan kepada perkahwinan mudah antara Pakatan Rakyat. Ini memang sesuatu yang kita semua tahu bahawa kerajaan negeri Perak merupakan satu perkahwinan mudah antara 3 parti.
Ketiga-tiga parti ini sentiasa tidak sependapat dalam beberapa perkara asas perjuangan. Contohnya, Hukum Hudud yang diperjuangkan oleh PAS, sangat-sangat ditentang oleh DAP manakala PKR pula mengambil sikap berdiam diri dalam hal ini.
Aku berpendapat, sudah tiba masanya kerajaan berbuat sesuatu dalam hal-hal lompat parti ini. Ini adalah kerana para pengundi mengundi berdasarkan 2 faktor:
- Parti
- Calon Parti
Akan tetapi, jika faktor pertama yang menjadi sebab musabab sesorang calon itu diundi - di sinilah punca kepada segala masalah.
Kedua-dua faktor ini sebenarnya tidak dapat dibezakan oleh undi-undi yang diterima oleh calon-calon.
Oleh itu, aku berpendapat, apabila seseorang itu cuba melompat parti, maka hilanglah segala kepercayaan yang diamanahkan oleh para pengundi. Logiknya, piihanraya seharusnya diadakan semula bagi menilai semula kehendak para pengundi.
Namun, peruntukan bagi akta ini tidak ada di dalam perundangan negara kita.
BN pun tak, PR pun tak.
Cukuplah politik untuk hari ini.
~hj ishe~
No comments:
Post a Comment