Monday, August 24, 2009

Sikap Manusia

Manusia memang hanya pandai berkata-kata.

Kebanyakkan manusia hanya pandai melihat kesalahan orang lain tanpa melihat kesalahan sendiri.

Bak kata pepatah : Kuman di seberang boleh nampak, gajah di depan mata tak nampak.

Manusia juga sangat kedekut.

Seboleh-bolehnya apa yang ada, merupakan haknya.

Namun, kebiasaannya manusia tidak menghargai apa yang dimilikinya.

Manusia juga tidak menggunakan sepenuhnya apa yang menjadi hak dan kepunyaannya.

Manusia sering gagal dalam kehidupan ini kerana gagal menilai faktor-faktor sekeliling yang ada padanya.

Apabila hak dan kepunyaan manusia dirampas oleh perampas, maka manusia mula memperkatakan soal-soal bomoh dan ilmu hitam.

Manusia memang mudah menyalahkan bomoh dan ilmu hitam. Kenapa?

Kerana tidak ada seorang pun yang boleh memberikan jawapan yang betul dan tepat apabila berkaitan dengan soal-soal bomoh dan ilmu hitam.

Jadi, adalah lebih mudah menyalahkan sesuatu yang tidak dapat diperjelaskan daripada menerima hakikat dan kekurangan diri.

Siapakan manusia itu?

Pandai-pandailah menjawap, kerana jawapannya hanya ada di sini.

~hj ishe~

No comments: