Wednesday, October 28, 2009

Boring - Taiwan Part 2

Malam ni aku tak leh nak tido....

Agaknyer aku terlebih tido atas bas dari Haulien ke Taitung ari ni.

Nasib baiklah kat Hotel ni dia orang kasi broadband free kat internet room.

Terpaksa la aku dok kat bawah ni ....

Apa nak buat erk?

Ntah ler...

Aku pun boring.

Jom naik tido hehehee

~hj ishe~

Taiwan Oh Taiwan

Today - 3rd day of the trip.

1st day - sampai malam.

Tgk bola - Liverpool 2 - 0 Manchester United.

Stay at Park Hotel - nice - free internet - free channel 99 ... hahahaha


2nd day - Bullet Train trip ... or what we call Boolo Train coz tak selaju yang di claim 300km/j.

Then a surprise trip to Taipei Mosque - manage to Solat Tahiyyatul Masjid.

Chan Kai Shik memorial - tengok tugu cina eheheh.

Then National Treasure Museum - more than 60,000 collections of China ancient history.

Lunch - nasi with Brahim's.

Guard Changing kat Matyr Shrine.

Watching acts of god kat Yelia - very nice - nanti aku post pictures.

Pastu gi naik bukit - tempat lombong emas... kedai kecik2 ....

Then masuk hotel kat Shangrila Farm Resort - jumpa ramai Malaysians.


Day 3 - Pagi kol 8.00 Lime picking kat farm.

Pastu turun gi tengok Land God kat Yilan.

Aku tanya dia, kenapa banyak tuhan ..dia cakap sebab lain orang suka lain macam.

Ermmm aku jawap dalam ati, aku ada satu tuhan jer walaupun suka lain-lain macam jugak.

Early lunch.

Pastu gi National Culture Center - banyak native collections kat sini.

Then Paddy Field Center visit.

On bus for more than 2.5 hours for Hualien ...

Dinner and Night Market visit - banyak game dari food n clothing stalls.

Check in kat Lige Hotel - ada free show plak dah....

Aku dengan Wong, Maharom & Nassir gelak besar....

~hj ishe~

Thursday, October 22, 2009

Situasi

Hari ini, aku berada dalam situasi yang kurang menyenangkan.

Keadaan yang sepatutnya tidak menimbulkan masalah, telah menimbulkan masalah kepada aku.

Kadangkala aku terfikir, jujurnya aku telah menimbulkan masalah.

Berdiam lebih baik kan?

Kadangkala, terlampau banyak bercakap dan bercerita pun menimbulkan pelbagai masalah.

Dalam situasi begini, aku akur dengan kesilapan aku.

Namun ... ntah ler...

Hati mula bercerita, mata mula berkaca, harapan menjadi pudar, otak ligat berputar, kusut masai.

Pikir-pikirkan lah,,,, tenang-tenangkan lah.

Memang hidup ini mudah mencari salah, terutama apabila salah sendiri enggan dilihat.

Apapun, yang salah tetap salah.

~hj ishe~

Saturday, October 10, 2009

Perspektif - Satu Pemikiran

Perkembangan terbaru sejak akhir-akhir ini membuat aku berfikir.

Berfikir tentang kedudukan ku di dalam kehidupan ini.

Apa yang mengganggu fikiran ku ialah tentang masa depan aku, isteri dan juga anak-anak.

Ke manakah arah tuju hala hidup ku ini?

Apakah harus aku lakukan?

Bolehkah aku bertanya ... apakah matlamat dan tujuan ku kepada .....?

Boleh dikatakan bahawa aku kini dipersimpangan yang amat sukar.

Sukar kerana aku perlu membuat keputusan yang bijak.

Minggu ini, cuma 2 kali aku mengunjungi Q.

Q tidak sama sekali akan aku abaikan, persoalannya bagaimana dengan MO?

Apakah MO dapat menjamin masa depan anak-anak ku?

Kalau tidak, inilah masa yang terbaik untuk aku mencari hala tuju yang baru untuk aku dan anak-anak.

Aku tidak mampu hanya menunggu dan melihat apa yang akan terjadi.

Kalau 10 tahun lagi, aku sudah terlalu tua untuk memulakan sesuatu yang baharu.

2 tahun lagi Nasrullah akan graduate - perfect timing.

Na'iman juga dalam masa 2 tahun lagi - perfect.

Aku sedang cuba untuk mencari hala tuju untuk keluarga ku sendiri - insyaallah.

Ya Allah, berikanlah petunjuk buat aku.

Amin

~hj ishe~