Perkembangan terbaru sejak akhir-akhir ini membuat aku berfikir.
Berfikir tentang kedudukan ku di dalam kehidupan ini.
Apa yang mengganggu fikiran ku ialah tentang masa depan aku, isteri dan juga anak-anak.
Ke manakah arah tuju hala hidup ku ini?
Apakah harus aku lakukan?
Bolehkah aku bertanya ... apakah matlamat dan tujuan ku kepada .....?
Boleh dikatakan bahawa aku kini dipersimpangan yang amat sukar.
Sukar kerana aku perlu membuat keputusan yang bijak.
Minggu ini, cuma 2 kali aku mengunjungi Q.
Q tidak sama sekali akan aku abaikan, persoalannya bagaimana dengan MO?
Apakah MO dapat menjamin masa depan anak-anak ku?
Kalau tidak, inilah masa yang terbaik untuk aku mencari hala tuju yang baru untuk aku dan anak-anak.
Aku tidak mampu hanya menunggu dan melihat apa yang akan terjadi.
Kalau 10 tahun lagi, aku sudah terlalu tua untuk memulakan sesuatu yang baharu.
2 tahun lagi Nasrullah akan graduate - perfect timing.
Na'iman juga dalam masa 2 tahun lagi - perfect.
Aku sedang cuba untuk mencari hala tuju untuk keluarga ku sendiri - insyaallah.
Ya Allah, berikanlah petunjuk buat aku.
Amin
~hj ishe~
No comments:
Post a Comment