Sunday, May 30, 2010

Kiri & Kanan

Ada satu teka teki:

Sekiranya seorang manusia itu bergerak dari titik A ke kanan dan seorang lagi bergerak dari titik A ke kiri. Bilakah mereka akan berjumpa semula?

Ramalan:

Pergerakan kedua-dua manusia ini adalah dalam arah bertentangan. Semakin banyak mereka bergerak, semakin jauh mereka berada antara satu sama lain.

Rumusan:

Apabila pergerakan sudah bermula, maka mereka akan semakin jauh antara satu sama lain kecuali mereka beralah dan kembali berjalan seiringan. Oleh itu mereka perlu bertolak ansur untuk berjalan seiringan, sedikit ke kiri dan sedikit ke kanan akan memastikan mereka tetap bersama untuk selamanya.

Jawapan:

Fikir-fikirkanlah.

~hj ishe~

No comments: