Campur aduk babi
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin2010/06/11
Lebih menjijikkan, makanan berasaskan daging babi iaitu bebola babi diletakkan bercampur aduk dengan makanan halal seperti mi, kuetiau, bebola ikan dan kek ikan di dalam peti sejuk besar.
Amalan menjijikkan itu terbongkar hasil serbuan penguat kuasa Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Putrajaya di kilang terbabit di Taman Sutra, Sungai Petani, Kedah, Selasa lalu.
Menurut sumber Jakim, operasi diketuai Penolong Pengarah cawangan itu, Amri Abdullah dan disertai dua pegawai Jakim serta dua pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Sungai Petani, Kedah.
Katanya, serbuan dilakukan selepas pihaknya menerima aduan orang ramai berhubung kemusykilan status syarikat pengedar makanan terbabit yang dikenal pasti memasarkan produk mereka kepada pengguna Islam di Kedah.
“Hasil serbuan pada jam 11.30 pagi, premis terbabit adalah kilang menghasilkan mi dan kuetiau oleh pemiliknya seorang pengusaha bukan Islam. Pemiliknya juga tidak pernah memohon sijil halal daripada Jakim.
“Pada masa sama mereka turut mengedarkan tiga makanan yang diambil daripada pengusaha lain iaitu bebola ikan dan kek ikan yang ada kelulusan halal daripada Jakim.
“Namun, kesalahan dilakukan pemilik kilang terbabit ialah mencampurkan semua produk itu dengan bebola babi yang mereka peroleh daripada pengeluar lain,” katanya.
Menurutnya, pihak Jakim dan KPDNKK menyedari kewujudan produk berasaskan daging babi itu berdasarkan pemeriksaan terhadap senarai barang jualan yang turut mencatatkan ‘pork ball’ atau bebola babi.
“Hasil pemeriksaan, kami menemui peket bertulisan ‘pork ball’ yang dicampurkan dengan produk makanan halal mempunyai logo Jakim di dalam peti sejuk besar,” katanya.
Sumber itu berkata, percampuran produk halal dengan daging babi terbabit boleh menimbulkan syubahah (keraguan) dari segi hukum syarak dan tindakan pemilik kilang itu menyalahi peraturan dan garis panduan yang tertakluk dalam syarat pemberian Sijil Pengesahan Halal Jakim.
“Malah, siasatan lanjut mendapati produk babi dan makanan halal termasuk mi dan kuetiau dicampurkan di dalam satu lori sejuk beku yang sama sebelum dihantar kepada pelanggan dan peruncit di Sungai Petani,” katanya.
Menurutnya, ketika serbuan ada kira-kira 15 pekerja termasuk pekerja warga asing Bangladesh memproses makanan berkenaan dan kebanyakannya memakai pakaian yang memaparkan logo halal.
“Pekerja mereka pakai baju dengan logo halal sedangkan pihak syarikat turut menjual babi. Tindakan itu seolah-olah mempersenda Islam,” katanya.
Menurutnya, pemilik syarikat terbabit berusia 40-an memberi alasan mudah apabila memberitahu tidak tahu ia satu kesalahan mengikut hukum Islam.
“Susulan itu, KPDNKK merampas lebih 20 peket bebola babi berkenaan untuk tindakan lanjut. Siasatan turut mendapati syarikat terbabit tidak mempunyai lesen dari pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk beroperasi,” katanya.
Itulah petikan akhbar dari Harian Metro pada hari ini 11/06/2010. Aku berpendapat sudah terlalu ktitikal masalah pemakanan kita ini. Umum mengetahui bahawa banyak produk makanan kita diproses oleh kaum bukan Islam, namun ramai yang tak ambil kisah.
Aku berpendapat bahawa sudah sampai masanya kerajaan memikirkan satu mekanisma di mana terdapat 2 jenis produk halal. Halal A untuk pemilik & pekerja2 yang beragama Islam. Halal B untuk pemilik bukan Islam & pekerja2 yang beragama Islam.
Sijil yang sebegini boleh memudahkan umat Islam membuat pilihan di dalam produk makanan yang dijual dan juga mengetahui status pemilik pembekal makanan kepada umat Islam.
Kenapa aku berpendapat begini? Cuba kita teliti alasan yang diberikan oleh tauke di atas, mudah bukan? Alasannya "pemilik syarikat terbabit berusia 40-an memberi alasan mudah apabila memberitahu tidak tahu ia satu kesalahan mengikut hukum Islam".
Apakah tindakan yang diambil? Kalau sekadar merampas dan mendenda tauke tersebut, umat Islam tetap tidak akan terjamin kebersihan makanan kita. Aku mencadangkan agar tauke tersebut didedahkan nama syarikatnya dan jenama produk yang dikeluarkan didedahkan kepada umum. Senaraihitamkan tauke tersebut supaya menjadi contoh kepada peniaga lain agar lebih memberi perhatian terhadap tahap kebersihan & kehalalan makanan kita.
Kalau tidak mahu ambil pusing tentang kehalalan, kita keluarkan satu lagi sijil yang dinamakan "Produk Tidak Halal". Maka bolehlah tauke tersebut memproses barangannya sesuka hati.
Aku sangat berharap agar semua pihak yang terlibat memberikan perhatian yang serius terhadap isu ini. Ini merupakan isu darah daging dan kedudukan kita sebagai penganut agama Islam. Jangan isu ini dianggap remeh dan sekadar menjadi hiburan sensasi di dada akhbar.
~hj ishe~

No comments:
Post a Comment