Friday, October 20, 2006

Majlis Graduasi Na'iman di MRSM

Hari ini merupakan hari yang bahagia buat Na'iman anak aku yang kedua. Pada hari ini Na'iman telah pun graduasi dari MRSM Pasir Tumboh setelah berhempas pulas menghadapi perlbagai cabaran hidup ini. Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga Na'iman menghabiskan pengajiannya di MRSM Pasir Tumboh.

Ini adalah gambar-gambar di mana Na'iman mengambil sijilnya.


Na'iman bersama mamanya.

Friday, September 1, 2006

Mak Teh

Hari ini aku gi rumah Mok Teh. Umur dia dah 106 tahun. Hmmm panjang sungguh umur Mok Teh. Umur aku camner yerk? Ma tersalah urat betis. Berdesis mulut Ma menahan kesakitan diurut Mok Teh. Hehehe kesian dia.
Malam ini Nafis telah pun siap buat homework. Alhamdulillah. Tapi, seperti biasa, pakai baju terbalik. Aku tegur, tapi dia kata best sebab tak ada label kat belakang. Kalau label kat belakang, gatal katanya. Ntah ler.. dia ni memang banyak idea dan banyak cakap.

~ishe~

Sunday, May 14, 2006

Malam Terakhir Buat Nasrullah

Malam ini merupakan malam yang terakhir buat Nasrullah bermalam di rumah yang kami sewa ini. Besok Nasrullah akan meninggalkan kami dan meneruskan pembelajarannya di Kolej Mara Kulim di dalam Matrikulasi KPM.

Ini adalah dengan harapan supaya apabila dia kembali pada bulan Ogos atau November nanti, kami sudah berpindah ke rumah idaman kami yang kini dalam proses pembikinan. Rasa sedih kerana anak yang tersayang akan menuju ke alam remaja, yang lebih menuntut masanya dengan rakan-rakan lebih daripada dengan keluarga.

Hampir lebih sebulan beliau mendapat lesen memandu, dia ke sana sini memandu dengan gembira. Dan aku, menumpang kegembiraan itu dengan mamanya. Mulai malam besok, aku kembali memikul tugas-tugas menhantar adiknya ke Pusat Tusyen.

Minggu lepas Nasrullah telah berjenaka mengatakan "Kesian kat orang tu, terpaksa bawak keter antar Nu'aim. Aku tersenyum dalam duka, duka kerana terpaksa berpisah dengan anak yang ku kasihi. Kesemuanya ku sayangi , tidak lebih, tidak kurang.

Malam ini aku menonton TV - Perlawanan bolasepak Piala FA Inggeris antara Liverpool dengan West Ham United. Aku menonton bersama Nasrullah ... akan ku ingati peristiwa aku bersamanya selama-lamanya."

Semoga Nasrullah akan pergi dan meninggalkan segala kenangan pahitnya dan sentiasa bergembira dan dapat menumpukan sepenuh perhatian di dalam pelajarannya di sana nanti.
Insyaallah.

~ishe~

Wednesday, May 10, 2006

Thank You ASTRO

Semalam orang Astro datang ke rumah membawa Astro Max. Astro Max, PAUSE, REWIND and RECORD. Take charge of TV. Aku telah memperolehi Astro Max secara percuma kerana telah melanggan Astro melebihi 10 tahun. Malah aku telah memperolehi siaran Astro secara percuma sewaktu mula kelahirannya, untuk beberapa bulan sahaja.

PAUSE - aku boleh pause siaran yang sedang aku lihat, menunaikan hajat, selepas itu kembali menonton. WOW.

REWIND - gostan jer kalau tak nampak...

RECORD? Hmmm boleh ler aku record program yang aku tak sempat nak tengok selama ini kerana jadi driver.

80GB harddisk - aku dok fikir, boleh ker aku tukar dengan aku punye 160GB harddisk yang ada kat rumah hehehee. Boleh ler aku record banyak sikit citer.

Buat pertama kali aku merasakan bagai dihargai oleh Astro.

10 tahun X 12 bulan = 120 bulan X RM85 = RM10200. Btol ker?

Lebih seribu setahun aku bayar kat Astro. Itulah yang aku fikirkan.

Hmmm dah rezeki aku dan anak-anak nak dapat Astro Max secara percuma ... heheheh

OKlah... aku nak tengok Astro - jadi couch potato, lebih baik daripada jadi baked potato.

Alahai, sedap nyer Baked Potato, kenapalah aku tak blajar buat dulu.

~ishe~

Sunday, April 30, 2006

Anugerah Industri Musik Ke 13

Malam ini aku tengok Anugerah Industri Musik Ke 13. Best gak Bob dengan Aflin menyanyi ... walau pun lari sana sini ;).

Siti menang lagi - memang Siti makin matang and best.

Raihan - Anugerah Kembara - memang layak.

Yang tak best - sumer artis asyik buat promo masing-masing. Kadang-kadang tu lama sangat, sampai memboringkan. Sumer artis buat promo macam dah tak media yang nak tayangkan message dia orang hehehhe.

~ishe~

Monday, February 13, 2006

Setahun Berlalu

Setahun berlalu... baru sekejap rasanya tahun 2005.. tetiba dah masuk tahun 2006. Bermacam perkara berlaku, bermacam perkara tak berlaku .... .

Anak dah lepas SPM ... siap masuk PLKN lagi. Harap-harap dia dapat pengalaman yang boleh membantu dia di masa hadapan.

Rumah yang dibina baru separuh siap... lambatnya nak siap ... ingat boleh ler anak yang sulong... Nasrullah duduk sebelum merantau menimba ilmu.

~ishe~