Wednesday, May 10, 2006

Thank You ASTRO

Semalam orang Astro datang ke rumah membawa Astro Max. Astro Max, PAUSE, REWIND and RECORD. Take charge of TV. Aku telah memperolehi Astro Max secara percuma kerana telah melanggan Astro melebihi 10 tahun. Malah aku telah memperolehi siaran Astro secara percuma sewaktu mula kelahirannya, untuk beberapa bulan sahaja.

PAUSE - aku boleh pause siaran yang sedang aku lihat, menunaikan hajat, selepas itu kembali menonton. WOW.

REWIND - gostan jer kalau tak nampak...

RECORD? Hmmm boleh ler aku record program yang aku tak sempat nak tengok selama ini kerana jadi driver.

80GB harddisk - aku dok fikir, boleh ker aku tukar dengan aku punye 160GB harddisk yang ada kat rumah hehehee. Boleh ler aku record banyak sikit citer.

Buat pertama kali aku merasakan bagai dihargai oleh Astro.

10 tahun X 12 bulan = 120 bulan X RM85 = RM10200. Btol ker?

Lebih seribu setahun aku bayar kat Astro. Itulah yang aku fikirkan.

Hmmm dah rezeki aku dan anak-anak nak dapat Astro Max secara percuma ... heheheh

OKlah... aku nak tengok Astro - jadi couch potato, lebih baik daripada jadi baked potato.

Alahai, sedap nyer Baked Potato, kenapalah aku tak blajar buat dulu.

~ishe~

No comments: