Malam ini merupakan malam yang terakhir buat Nasrullah bermalam di rumah yang kami sewa ini. Besok Nasrullah akan meninggalkan kami dan meneruskan pembelajarannya di Kolej Mara Kulim di dalam Matrikulasi KPM.
Ini adalah dengan harapan supaya apabila dia kembali pada bulan Ogos atau November nanti, kami sudah berpindah ke rumah idaman kami yang kini dalam proses pembikinan. Rasa sedih kerana anak yang tersayang akan menuju ke alam remaja, yang lebih menuntut masanya dengan rakan-rakan lebih daripada dengan keluarga.
Hampir lebih sebulan beliau mendapat lesen memandu, dia ke sana sini memandu dengan gembira. Dan aku, menumpang kegembiraan itu dengan mamanya. Mulai malam besok, aku kembali memikul tugas-tugas menhantar adiknya ke Pusat Tusyen.
Minggu lepas Nasrullah telah berjenaka mengatakan "Kesian kat orang tu, terpaksa bawak keter antar Nu'aim. Aku tersenyum dalam duka, duka kerana terpaksa berpisah dengan anak yang ku kasihi. Kesemuanya ku sayangi , tidak lebih, tidak kurang.
Malam ini aku menonton TV - Perlawanan bolasepak Piala FA Inggeris antara Liverpool dengan West Ham United. Aku menonton bersama Nasrullah ... akan ku ingati peristiwa aku bersamanya selama-lamanya."
Semoga Nasrullah akan pergi dan meninggalkan segala kenangan pahitnya dan sentiasa bergembira dan dapat menumpukan sepenuh perhatian di dalam pelajarannya di sana nanti.
Insyaallah.
~ishe~
No comments:
Post a Comment