Wednesday, December 24, 2008

Penang Trip Day 3

Hari ini merupakan hari ke 3 kami di Penang. Cadangan kami untuk ke Bukit Bendera terpaksa dibatalkan kerana jem teruk. Kami pusing menuju ke Chowrasta untuk membeli sedikit buah tangan untuk Ma & Mummy.

Namun kami masih sempat singgah di Gurney Drive untuk menikmati kepanasan Pulau Pinang ... hehehe

Malam ni kami lepak jer kat bilik sambil tengok TV citer Transformers the Movie.


~hj ishe~

Tuesday, December 23, 2008

Penang Trip Day 2 [Pesta Pulau Pinang]

Pesta Pulau Pinang - sungguh meriah. Ada fun fair, ada Ferris Wheel, ada games, ada hiburan - seribu satu macam hiburan.


Ni plak Volkswagen jual minyak sapi.




Na'iman dengan Nafis naik benda ni... turun ...pucat ... hehehe. Kesian pun ader, nak tergelak pun ader.



Berputar-putar antara Na'iman dengan Nu'aim. Aku tengok pun pening.



Keletihan dan kelaparan. But as usual, never complaint. Aku berbangga mempunyai anak-anak ini. Luv U all sons!


Satu malam yang memenatkan namun menyeronokkan.

~hj ishe~

Penang Trip Day 2 [Butterfly Farm]


Our send stop of the day is - Butterfly Farm. Komen no 1, cashier kat kaunter dia tu garang nak mampus. Ada ker dia jerkah aku? Aku cakap baik-baik, aku ni satu family, nak ambik family package. Trus dia jerkah aku, dia kata "Itu saya tak peduli, sekarang saya nak tau baper orang sumer?" Ish, Ish, Ish. Aku pun aper lagi, anak Melayu pantang dicabar, aku tanya dia balik "kenapa dia tak boleh cakap baik2? Aku cakap aku orang Kelantan tapi aku bukan orang kampung. Aku datang sebab nak bawak anak-anak tengok Taman Rama-Rama ni, tapi kalau macam ni la sikap, tak tengok pun tak per." Terus jer minah tu diam, mmmm makin diam, makin banyak aku komplen..hahha bertemu buku dengan ruas.


Setelah reda dengan nasfu amarah tadi, kami pun menapak di dalam Butterfly Farm - sungguh menakjubkan dan menyeronokkan.



Aku pun luper apa binatang ni, tapi yang pastu, umurnya sangat banyak ... hehehe



Berselindung disebalik daun.




Cantik dan menarik.



Bermain rubberstap rama-rama.



Seperti biasa, kat mana-mana pun masih nak berpeluk.


Kesimpulan - Butterfly Farm boleh dilawati. Cuma kalau boleh, pekerja kat cashier tu tukar dengan orang lain. Cashier tu boleh keje kat Zoo, jaga rimau.

~hj ishe~

Penang Trip Day 2 [Museum of Toys]

First Stop - Museum of Toys


Entry tiket RM60 untuk sekeluarga. Adoi ...mahalnya.


Ada resemblance ker?


Spiderman & Spider-biil (Nabiil)


Collections of Dragonball icons


Huh ...serupa ka? Tang mana erk?


Abg Nas ....& Nabiil .. dok survey toys....


Nice toilets...




Jar Jar Binks ni pernah menghuni rumah kami di Taman Mesra buat beberapa tahun sebelum kami berpindah.


Nafis and Darth Vader a.k.a Anakin Skywalker

Jack Sparrow dengan Na'iman Sparrow hehehhee


All in the family but me ....


Hyperactive but very loving Nafis. Nu'aim control macho.


Akhirnya kami keluar dan posing dengan Alien kat belakang tu ... hehehe



~hj ishe~

Penang Trip Day 1

19hb Disember 2008 - Hari ini merupakan hari pertama trip kami sekeluarga ke Penang untuk tahun ini. Bak kata pepatah, sirih pulang ke ganggang.

Tengoklah permandangan di Tasik Banding, sungguh menarik. Dari tahun 1985 sehingga 1992, hampir setiap masa aku berulang alik dari Kota Bharu ke Penang demi untuk menuntut sedikit ilmu. Dahulunya penuh dengan pokok-pokok yang tinggi di dalam Tasik Banding ini. Kini Tasik pun dah gondol. Satu motto bila berulang alik kat area ni - "Satu Peluru Satu Musuh". Masa mula-mula masuk dulu, takut jugak sebab Lebuhraya Timur Barat ni, dulu-dulu banyak ahli Ching Peng - Komunis la....


Tengok tu, dia orang siap posing lagi.


Anak teruna hamba.


Ni plak Rumah Tetamu kat USM, Family Suite. Best giler.

Ni gambar ruang tamu aka ruang rehat.


Ni plak single room.


Double bed room.


Master bedroom - pandangan dari ruang dapur.


Ruang dapur dan ruang santai.


Pemandangan keseluruhan Rumah Tetamu yang kami diami.


Satu permandangan yang kini mempunyai perspektif yang berlainan dari tahun 1986 dahulu.



Satu-satunya yang masih kami gilai - Shariff Nasi Kandar Istimewa. Setiap kali kami ke Penang, kami akan pastikan kami tidak melepaskan peluang untuk makan malam di Gelugor, makan lak tepi jalan .....




Lepas makan kami pi Queensbay Mall, jumpa lak Doraemon dengan Nobita ... hehehe


Hari pertama yang sangat menyeronokkan.

~hj ishe~