Setahun sudah berlalu, KT38 meninggalkan banyak kenangan dan memori.
Hari ini Faizal call, banyak yang dok catchups.
Setahun Yang Lalu :
Semalam kami berada di atas bus menuju ke bumi Arafah, berdebar-debar memikirkan operasi Masyair yang bermula. Apakah yang akan kami hadapi? Mampukan kami menghadapi ujian Allah S.W.T?
Pada hari ini, pada detik ini, aku dan isteri, memandang ke langit dan bersyukur ke hadrat Allah yang telah memberikan kami peluang untuk menyaksikan kebesaran Allah S.W.T. di bumi Arafah. Dugaan di sini memang banyak kerana makanan tidak putus-putus dihidangkan. Bilik air cuma lebih kurang 50 buah untuk di kongsi seramai lebih 1,500 jemaah. Kami jemaah THTS lebih beruntung kerana jemaah Tabung Haji berkongsi seramai 2,500 orang dengan jumlah bilik air yang sama.
Malam ini, selepas sembahyang Maghrib secara jamak tamam, kami telah bergerak menuju ke bumi Mudzalifah. Di sana, masih aku ingat bagaimana salah seorang jemaah Haji Malaysia yang tersungkur dek ingin terlalu cepat ke ruang Malaysia di Mudzalifah.
Di Mudzalifah ini, aku masih ingat lagi bagaimana kami duduk bersama-sama Faizal dan Syafiza, Din & Ana serta Abg Nawi & Kak Zan. Beralaskan tikar plastik yang dibekalkan oleh TM, kami mabit di bumi Mudzalifah.
Hampir Subuh, bas yang kami naiki bergerak menuju ke Mina. Alhamdulillah, kami sempat tiba di sana sebelum Subuh berakhir dan menunaikan solat Subuh di bumi Mina. Satu bumi di mana tiada penghuni. Hanya akan ada penghuni bila musim haji bermula. Malah, dihuni sewaktu hari-hari Tasyrik.
Selepas solat Subuh, sempat kami bersarapan sekejap sebelum melangkah bersama-sama geng Baiduri seramai 12 orang (Haji Nordin & isteri, Abg Jo & Kak Idah, Aku & Sue, Faizal & Syafiza, Nasir & Isteri). Kami menuju ke Jamratul Aqabah untuk melakukan lontaran pada hari yang pertama. Selepas itu kami terpecah bila habis melontar, yang tinggal cuma aku, Sue, Faizal & Syafiza.
Kami berjalan menuju ke bumi Mekah, selepas itu kami ambil bus kecil untuk ke Mekah. Di sana kami bertahlul (cukur botak) sebelum melakukan Tawaf Rukun Haji. Petangnya kami menaiki kereta Chevrolet, penumpang sarat di dalamnya sebelum kami di tinggalkan di bumi Mina. Hampir 3 jam kami berkenderaan membuatkan aku & Sue berazam bahawa kami akan berjalan ke Mekah esoknya.
Akan aku sambung untuk posting yang berikutnya, insyaAllah.
~hj ishe~
No comments:
Post a Comment