Saturday, June 21, 2008

Kita Hanya Merancang

Semalam kami sekeluarga merancang untuk keluar makan dan membeli belah di Pasaraya Hyper Pantai Timur di Pengkalan Chepa. Malangnya kedai Abe Teppanyaki tutup semalam. Akhirnya, kami sekeluarga makan 'waffle' dan aiskrim sebagai alas perut sebelum menuju ke kedai lain. Sue dan anak-anak menuju ke tingkat atas kerana anak-anak hendak membeli baju t-shirt. Sedang kami asyik memilih t-shirt, Nasrullah memanggil dan mengatakan alarm rumah kami berbunyi. Kami segera bergegas kembali ke rumah. Perjalanan teramat perlahan kerana hujan yang sangat lebat berserta dengan angin ribut yang kuat. Sampai di rumah, kami masuk dengan berhati-hati. Akhirnya kami terjumpa bahawa jendela zon 3 yang tidak di tutup dan tidak di hook dengan baik.

Kami kembali ke kereta dan mula mencari makan, hujan lebat kami redah. Lapar. Kedai makan kebanyakkannya tutup kerana hari Jumaat. Akhirnya kami landing di kedai roti canai kari tulang yang kami tak pernah kunjungi. Rotinya sedap, karinya kau. Kedainya dekat dengan wau bulan besar.

Termenung menungggu roti canai

Nafis dengan baju Spongebob nyer

3 anak remaja

Haji dan Hajjah

Dagu

Selepas makan-makan, kami menziarahi kedua ibubapa ku. Pictures tell a thousand stories.

Hujung tu Abahku

Dok main dengan perangkap nyamuk

Hanya dua gambar boleh ku upload sebab yang lain tak berapa sesuai. Gambar ibuku tak dapat ku upload. Maybe next time.

Kita hanya boleh merancang, namun hanya tuhan yang menentukannya.

~ishe~

Sunday, June 15, 2008

Happy Father's Day

Selamat Hari Bapa.

Malam ini, aku sekeluarga disertai oleh Shaharil [Rakan Nasrullah di Kolej MARA Kulim] makan malam di New Horizon Garden. Aku sebagai seorang bapa, gembira dapat menyediakan makanan sebegini kepada keluargaku. Alhamdulillah, semoga rezeki dan harta pencarian kami sekeluarga di berkati Allah S.W.T.

Me & Sue

Dari Kiri: Nu'aim, Shaharil & Nasrullah

Na'iman & Nu'aim

Selepas makan malam, kami menuju ke salah satu destinasi popular di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan. Merayap di Pasar Malam Wakaf Che Yeh merupakan satu pengalaman manis kami sekeluarga. Apa yang paling penting, kami dapat meluangkan masa untuk bersama-sama antara satu sama lain. Malam ini membuatkan aku sedar bahawa, aku tidak perlukan MAS ataupun AirAsia untuk menggembirakan anak-anak ku. Aku cuma perlukan masa supaya dapat diluangkan bersama keluarga, di rumah dan di luar rumah, situasinya sangat berbeza. Sayangnya aku terlupa untuk mengambil gambar sewaktu kami di sana. Tak mengapa, mungkin di lain kali.

Sesungguhnya malam ini sangat memenatkan, di samping 'tafsir kerugian' yang agak besar setelah makan malam dan lawatan sambil berbelanja di Pasar Malam di Wakaf Che Yeh. Namun, kepuasan yang aku perolehi sebagai seorang bapa dan ketua keluarga tidak dapat dibayar dengan wang ringgit.

Happy Father's Day.

~ ishe ~

Friday, June 13, 2008

Friday the 13th - Melayu Mudah Lupa

Hari ini hari pertama aku menyertai arus 'blogging'. Penyertaan aku ini sekadar meramaikan lagi blogger-blogger di Malaysia. Apakah yang aku tulis? Apa sahaja yang terlintas di hati ini.

Petang tadi, dalam perjalanan dari Beris Kubor Besar ke Kota Bharu, aku telah terserempak dengan satu kemalangan. Kemalangan tersebut antara sebuah motorsikal dengan sebuah kereta Perodua. Motorsikal tersebut remuk, penunggangnya parah dan dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab 2.

Hatiku terdetik, "Bilakah anak Melayu ku ini akan sedar dari lamunannya dan kembali ke alam nyata?". Sukar untuk menerima hakikat bahawa "Melayu Mudah Lupa" untuk sememangnya sinonim dengan masyarakat Melayu Malaysia.

Apabila seorang Mat atau Minah Rempit terbabit dalam kemalangan, Mat-Mat dan Minah-Minah Rempit yang lainnya akan berdiam diri seketika seolah-olah bertakafur barang seminit dua. Selepas itu, mereka kembali kepada cogan kata asal mereka "Melayu Mudah Lupa" dan menunggang bak pelesit jalanan.

Buktinya "Melayu Mudah Lupa", kehilangan adik Sharlini Mohd Nashar (156 hari) dan Muhamad Asmawi Jalaludin (94 hari) kini semakin dilupakan. Ibubapa kembali mengirim wang kepada anak-anak kecil supaya berbelanja di pasar-pasar malam. Kematian Nurin Jazlin bt Jazimin hanya boleh membuatkan rakyat Malaysia mengalirkan air mata. Sukar untuk seorang bapa seperti saya untuk menerima hakikat bahawa saudara Jazimin telah kehilangan anaknya [Nurin Jazlin]. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Harap-harap selepas ini, kita sedar, "Melayu Jangan Mudah Lupa". Malaysia adalah hak kita sebagai orang Melayu. Wajib ke atas diri kita untuk mempertahankannya. Tanahnya adalah tanah orang melayu. Janganlah kita mengharap dan menanti bangsa lain mempertahankannya.

Al-Fatihah untuk adik Nurin Jazlin

~ ishe ~