Sunday, June 15, 2008

Happy Father's Day

Selamat Hari Bapa.

Malam ini, aku sekeluarga disertai oleh Shaharil [Rakan Nasrullah di Kolej MARA Kulim] makan malam di New Horizon Garden. Aku sebagai seorang bapa, gembira dapat menyediakan makanan sebegini kepada keluargaku. Alhamdulillah, semoga rezeki dan harta pencarian kami sekeluarga di berkati Allah S.W.T.

Me & Sue

Dari Kiri: Nu'aim, Shaharil & Nasrullah

Na'iman & Nu'aim

Selepas makan malam, kami menuju ke salah satu destinasi popular di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan. Merayap di Pasar Malam Wakaf Che Yeh merupakan satu pengalaman manis kami sekeluarga. Apa yang paling penting, kami dapat meluangkan masa untuk bersama-sama antara satu sama lain. Malam ini membuatkan aku sedar bahawa, aku tidak perlukan MAS ataupun AirAsia untuk menggembirakan anak-anak ku. Aku cuma perlukan masa supaya dapat diluangkan bersama keluarga, di rumah dan di luar rumah, situasinya sangat berbeza. Sayangnya aku terlupa untuk mengambil gambar sewaktu kami di sana. Tak mengapa, mungkin di lain kali.

Sesungguhnya malam ini sangat memenatkan, di samping 'tafsir kerugian' yang agak besar setelah makan malam dan lawatan sambil berbelanja di Pasar Malam di Wakaf Che Yeh. Namun, kepuasan yang aku perolehi sebagai seorang bapa dan ketua keluarga tidak dapat dibayar dengan wang ringgit.

Happy Father's Day.

~ ishe ~

No comments: