Friday, June 13, 2008

Friday the 13th - Melayu Mudah Lupa

Hari ini hari pertama aku menyertai arus 'blogging'. Penyertaan aku ini sekadar meramaikan lagi blogger-blogger di Malaysia. Apakah yang aku tulis? Apa sahaja yang terlintas di hati ini.

Petang tadi, dalam perjalanan dari Beris Kubor Besar ke Kota Bharu, aku telah terserempak dengan satu kemalangan. Kemalangan tersebut antara sebuah motorsikal dengan sebuah kereta Perodua. Motorsikal tersebut remuk, penunggangnya parah dan dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab 2.

Hatiku terdetik, "Bilakah anak Melayu ku ini akan sedar dari lamunannya dan kembali ke alam nyata?". Sukar untuk menerima hakikat bahawa "Melayu Mudah Lupa" untuk sememangnya sinonim dengan masyarakat Melayu Malaysia.

Apabila seorang Mat atau Minah Rempit terbabit dalam kemalangan, Mat-Mat dan Minah-Minah Rempit yang lainnya akan berdiam diri seketika seolah-olah bertakafur barang seminit dua. Selepas itu, mereka kembali kepada cogan kata asal mereka "Melayu Mudah Lupa" dan menunggang bak pelesit jalanan.

Buktinya "Melayu Mudah Lupa", kehilangan adik Sharlini Mohd Nashar (156 hari) dan Muhamad Asmawi Jalaludin (94 hari) kini semakin dilupakan. Ibubapa kembali mengirim wang kepada anak-anak kecil supaya berbelanja di pasar-pasar malam. Kematian Nurin Jazlin bt Jazimin hanya boleh membuatkan rakyat Malaysia mengalirkan air mata. Sukar untuk seorang bapa seperti saya untuk menerima hakikat bahawa saudara Jazimin telah kehilangan anaknya [Nurin Jazlin]. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Harap-harap selepas ini, kita sedar, "Melayu Jangan Mudah Lupa". Malaysia adalah hak kita sebagai orang Melayu. Wajib ke atas diri kita untuk mempertahankannya. Tanahnya adalah tanah orang melayu. Janganlah kita mengharap dan menanti bangsa lain mempertahankannya.

Al-Fatihah untuk adik Nurin Jazlin

~ ishe ~

No comments: