19hb Disember 2008 - Hari ini merupakan hari pertama trip kami sekeluarga ke Penang untuk tahun ini. Bak kata pepatah, sirih pulang ke ganggang.
Tengoklah permandangan di Tasik Banding, sungguh menarik. Dari tahun 1985 sehingga 1992, hampir setiap masa aku berulang alik dari Kota Bharu ke Penang demi untuk menuntut sedikit ilmu. Dahulunya penuh dengan pokok-pokok yang tinggi di dalam Tasik Banding ini. Kini Tasik pun dah gondol. Satu motto bila berulang alik kat area ni - "Satu Peluru Satu Musuh". Masa mula-mula masuk dulu, takut jugak sebab Lebuhraya Timur Barat ni, dulu-dulu banyak ahli Ching Peng - Komunis la....

Tengok tu, dia orang siap posing lagi.

Anak teruna hamba.

Ni plak Rumah Tetamu kat USM, Family Suite. Best giler.
Ni gambar ruang tamu aka ruang rehat.

Ni plak single room.

Double bed room.

Master bedroom - pandangan dari ruang dapur.

Ruang dapur dan ruang santai.

Pemandangan keseluruhan Rumah Tetamu yang kami diami.

Satu permandangan yang kini mempunyai perspektif yang berlainan dari tahun 1986 dahulu.

Satu-satunya yang masih kami gilai - Shariff Nasi Kandar Istimewa. Setiap kali kami ke Penang, kami akan pastikan kami tidak melepaskan peluang untuk makan malam di Gelugor, makan lak tepi jalan .....


Lepas makan kami pi Queensbay Mall, jumpa lak Doraemon dengan Nobita ... hehehe

Hari pertama yang sangat menyeronokkan.
~hj ishe~