Thursday, September 17, 2009

Pelajar & Belajar - Untuk Anak-Anak Tersayang

Wahai anak-anak ku,

Dari kecil kita belajar.

Belajar merangkak.

Belajar berjalan.

Belajar bercakap.

Namun, pembelajaran persekolahan bermula dengan darjah 1.

UPSR dikejar, 5A dihambat sewaktu berada di darjah 6.

100% kejayaan cemerlang dikejar.

Apakah tujuannya?

Sekadar untuk menaiki ke tingkatan 1 di sekolah pilihan.

20% keinginan untuk berjaya dibuang, 20% lagi keinginan untuk bergaya ditambah.

Setelah naik ke tingkatan 1, kita belajar gila-gila untuk mendapat 8A ataupun 9A semasa di tingkatan 3.

20% lagi keinginan untuk berjaya dibuang, 20% lagi keinginan untuk bergaya ditambah.

Apakah tujuannya?

Sekadar untuk memasuki aliran sains.

Sebab apa tak mahu aliran sastera?

Aliran Sastera dikatakan sebagai aliran 2nd Class.

Naik la plak ke tingkatan 4 hingga 5, kita belajar lagi.

20% lagi keinginan untuk berjaya dibuang, 20% lagi keinginan untuk bermain-main ditambah.

Apakah tujuannya?

Sekadar ingin memasuki program Matrikulasi, kerana orang lain masuk, kita pun nak masuk.

Di sini kita kurangkan lagi 20% usaha untuk berjaya, 20% lagi keinginan untuk berseronok ditambah.

Berjaya di Matrikulasi untuk masuk ke IPT.

Yang tinggal cuma 20% keinginan untuk belajar dan 80% keinginan untuk berpoya-poya.

Di sinilah punca segala kegagalan pelajar-pelajar kita.

Bak kata orang Kelantan - ambis gas.

6 tahun di sekolah rendah, 5 tahun di sekolah menengah, 1 tahun di matrikulasi = 12 tahun.

12 tahun kita belajar, dari kecil hingga remaja.

Apakah tujuan kita? Nak masuk U.

Kini, kita dah mencapai matlamat kita.

Anak-anakku, kita berada di alam belajar, maka belajarlah kita.

Cybercafe - tak masuk U pun bleh gi Cybercafe.

Conget motor - tak masuk U pun bleh buat.

Tengok wayang - tak masuk U pun bleh buat.

Kita buat apa yang orang tidak di dalam U tak boleh buat, iaitu belajar cara U.

Seimbangkan masa antara belajar, bermain, beribadat dan berehat.

Jika formula ini boleh dicapai, maka akan selamatlah kita dunia dan akhirat.

Fikir-fikirkanlah anak-anak tersayang.

Luv U All

~papa~

~hj ishe~

No comments: