Thursday, September 17, 2009

Ruang

Semalam di pejabat, kami ada berbincang pasal ruang.

Sememangnya orang Melayu mempunyai banyak ruang.

Tanah Melayu pula, memang sangat luas.

Kerajaan pula memberikan banyak ruang kepada bangsa Melayu.
  • Sistem Kuota,
  • Subsidi,
  • Pembiayaan Pembelajaran
  • Hak-hak orang Melayu,
  • Dana Bumiputera,
  • Geran
  • dan sebagainya.
Jadi, apa masalahnya?

Masalahnya, apabila orang Melayu mendapat terlalu banyak ruang, mereka menjadi senang dalam derita. Orang Melayu lebih senang mengejar kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh kerajaan daripada mengerjakan projek-projek swasta ataupun persendirian.

Ramai kontraktor-kontraktor yang mengejar projek-projek bantuan kerajaan dan apabila tiada projek, mereka lebih senang menunggu projek kerajaan yang lain daripada mencari rezeki yang sekadar sesuap nasi. Projek RM300,000, kalau dapat untung RM30,000 ...banyak tu. Sebulan RM2,500.

Orang Melayu sukar untuk MULTITASKING.

Subsidi pula dikaut. Sebagai contohnya, apabila baja diberikan subsidi, baja dijual.

Bila diesel disubsidi, diesel dijual.

Penoreh-penoreh nakal, pagi-pagi sudah keluar menoreh.

Tapi sayang nya, pukul 9 sudah mula membuka meja HAJI aka DAM sampai ke tengahari.

3-4 jam masa dileburkan begitu sahaja.

Kuota Pembelajaran memang bagus. Tetapi inilah jugak sebabnya orang Melayu malas nak belajar. Tak apa dapat 1A atau 2A, dapat masuk universiti jugak ... tak perlu dapat 8A atau 9A. UiTM kan ada ...

Anak-anak yang membaca blog ini sekiranya ada, tukarlah sikap dan minda anda.

Ruang belajar di Universiti itu gunakanlah sebagaimana yang sepatutnya.

Ermmm cukuplah tu, nanti orang kata aku racist plak.

Aku bukan racist, sekadar meluahkan kepada ruang yang ada.

~hj ishe~

No comments: