Friday, September 17, 2010

Fitrah Manusia


Sejak akhir-akhir ini, ramai yang mengambik kesempatan di cuti hari raya atau pun apa-apa cuti sekali pun untuk mengadakan Majlis Perkahwinan. Kelmarin aku dihadiahkan dengan beberapa jemputan ke Majlis Kenduri Kahwin.

Hari ini aku berkesempatan membaca beberapa blog dan menimba sedikit ilmu tentang fitrah manusia yang dijadikan oleh Allah S.W.T.


"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia itu fitrah kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita dan anak-anak" - [Ali Imran 3:14]

"Barangsiapa berkahwin maka dia telah melindungi (menguasai) separuh agamanya, kerana itu hendaklah dia bertaqwa kepada Allah dalam memelihara yang separuhnya lagi" - [HR Al Hakim & Ath-Thahawi]

"Wahai para pemuda, barangsiapa di antara kalian yang mampu menikah, maka menikahlah. Kerana dengan menikah itu, ia akan dapat menahan pandangan dan lebih memelihara kemaluan. Dan barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia berpuasa. Kerana dengan berpuasa itu akan dapat menahan syahwatnya" - [HR Al-Bukhari 5066]

Oleh itu - kahwinlah bila mampu!

~hj ishe~

No comments: