Monday, September 13, 2010

Kutbah & Ulang

Hari ini aku ingin membicarakan 2 perkara :

1] Kutbah Hari Raya & Jumaat

Di Aidilfitri ini, Imam Tua Masjid Al-Quddus telah membicarakan tentang betapa pentingnya berpolitik secara berhemah.

Di hari ini, politik sering di anggap sebagai punca rezeki di Malaysia. Imam juga merasa sebak bila manusia berpolitik sehinggakan sanggup menolak kepentingan Islam.

Rasanya, sudah sampai masanya kita musahabah diri dan memperbetulkan matlamat kita tentang apa yang kita ingin lakukan untuk masa depan kita sendiri dan juga agama Islam.

Orang Islam walaupun musuh kita di dalam politik, apabila kita mati kita solat jenazahnya.

Fikir-fikirkanlah sendiri.


2] Ulangtahun

Pada Sept 11 merupakan ulangtahun kepada runtuhnya bangunan WTC di New York.

Seluruh dunia terkejut dan umat Islam dipersalahkan.

Bush - sila kemukakan semua bukti yang menunjukkan bahawa jelas orang Islam yang bertanggung jawap di dalam agenda ini.

Pastor Terry Jones pula menganjurkan supaya Al-Quran dibakar bagi menunjukkan protes mereka.

Betapa ceteknya pemikiran seorang 'Pastor' yang dipandang tinggi di kalangan mereka.

Aku sendiri pun tidak ingat bahawa Sept 11 merupakan satu tarikh keramat.

Aku sendiri terpaksa meletakkan hari2 lahir famili ku di dalam telefon sebagai satu ingatan, sebab aku bukanlah seorang yang suka nak tangok tarikh & nak pikir birthday saper ari ini.

Kadangkala aku terbabas dari tarikh2 keramat ini kerana bagiku, setiap hari mereka merupakan sumber inspirasi ku.

Jadi, bagiku tarikh merupakan hanya satu tarikh sedangkan aku sepatutnya meraikan mereka setiap hari mereka bersamaku.

Wajarkah tindakan Pastor Terry Jones ini?

Bagi aku tidak wajar.

Fikirkanlah secara waras.

~hj ishe~

No comments: