Monday, June 8, 2009

Abah & Umrah

Insya'allah, pada 11hb Jun 2009, Abah, Ma & Hamzie akan mengerjakan umrah bersama-sama Ayah Kamar sekeluarga selama 17hari.

Semoga Allah S.W.T mempermudahkan perjalanan mereka pergi dan balik serta memberikan kesihatan serta kekuatan kepada mereka untuk beramal dan beribadat kepada Allah S.W.T.

Semalam, sebulan yang lalu, iaitu 7hb Mei 2009, Allahyarham Ayub bin Ismail telah meninggalkan dunia yang fana ini. Sehari dua ini, aku terlalu mengingati saat aku bersamanya.

Bagaimana dia telah menghantar aku & Sue ke Butterworth menggunakan kereta yang dipinjamnya dari Ahmad Tarmimi. Tujuan aku ke Butterworth? Bapa mertua aku meninggal pada malamnya dan pagi tersebut baru kami dapat berhubung. Dari Butterworth aku & Sue ke Alor Setar untuk menaiki pesawat yang tiba di Kota Bharu pada tengahari tersebut. Alhamdulillah, aku & Sue dapat melihat jenazah Papa Cik Ali sebelum dikebumikan hanya disebabkan oleh usahanya yang menolong aku & isteri.

Aku juga mengingati saat di mana dia telah menemani aku balik ke Kota Bharu hanya kerana aku ingin balik menziarahi anak sulong aku dia Kota Bharu. Kami berdua berkongsi menyewa kereta, balik hanya beberapa hari tapi sudah cukup untukku.

Tidak lupa juga saat kami bersama-sama di STAR, Ipoh, Perak.

Kembali kepada saat-saat Abah & Ma yang akan berangkat ke Mekah tidak beberapa hari lagi.

Anehkan, kenapa agak kelam kabut entri ini?

Tak mengapa, asalkan aku faham apa yang tersirat di dalam hati ini.

"Ya Allah, sekali lagi aku bermohon semoga engkau selamatkanlah perjalanan keluarga ku pergi dan balik dalam tujuan untuk menziarahi Baitillahi Haram."

~hj ishe~

No comments: