Tuesday, June 23, 2009

Pentingnya Berilmu & Berduit

Seperti biasa, malam ini aku menjenguk Universiti PTS untuk mendapatkan sedikit ilmu. Aku terpempan membaca tulisan Pn Ainon berkenaan dengan Bukit Jakie Chan di Banda Acheh. Aku kembali mengingati akan peristiwa pada bulan 27hb Disember 2004.

Gambar Bukit Jakie Chan di Banda Acheh.

Aku melihat apa yang dilakukan oleh ramai para artis dan jutawan dunia. Inilah yang sangat penting, kaya dan berbudi bahasa.

Kita anak melayu perlu ada ilmu supaya kita dapat mencapai tahap yang tertinggi di dalam kedudukan kita sebagai seorang beragama Islam. Kalau boleh kita ingin menjadi anak Melayu Islam yang kaya.

Tujuannya tidak lain tidak bukan, kekayaan kita boleh digunakan untuk menolong orang Islam yang miskin serta di dalam kesusahan. Kalau sekadar kais pagi makan pagi, macamana kita hendak hulurkan kepada yang memerlukan?

Peringatan untuk anak-anak, jadilah orang kaya yang beriman. Kalau ada RM100,000.00 bayar zakat 2,500.00. Kalau ada RM1juta, boleh bayar RM25,000.00. Kalau ada RM1billion, boleh bayar zakat Rm25juta. Banyakkan? Memang banyak ....

Semoga satu hari nanti kita dapat menjadi seorang yang menghulurkan dan bukannya seorang yang menerima.

Amin

~hj ishe~

No comments: