Saturday, June 27, 2009

Kisah Nabi Sulaiman

Hari Jumaat yang baru berlalu membawa satu ilmu pada diriku & keluargaku.

Satu program yang aku dengari sambil menghadap komputer, katanya :

Nabi Sulaiman pernah ditanya oleh Allah S.W.T., "Apakah yang kamu kehendaki? Ilmu, Harta ataupun pemerintah?"

Jawab Nabi Sulaiman, "Ilmu ya Tuhanku".

Maka Allah S.W.T telah mengurniakan ketiga-tiganya kepada Nabi Sulaiman.

Adanya Harta atau pun kuasa tanpa Ilmu, tidak membawa apa-apa makna.

Namun, adanya Ilmu boleh membawa kepada Kuasa dan Harta!

Berilmulah anak-anakku, kerana ianya sangat besar manafaatnya.

~hj ishe~

No comments: