Sunday, September 7, 2008

Life N All

Dah dua tiga hari aku berfikir tentang kehidupan ini. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui segala-galanya.

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum (bangsa) melainkan kaum itu sendiri mengubah nasibnya."

Pernyataan inilah yang membuatkan aku terfikir dan terus berfikir. Pagi ini aku menatap sisipan The Biz dalam akhbar The Star. 90% nama orang-rang yang berjaya di dalam akhbar merupakan bangsa Cina. Aku bukanlah seorang yang racist, cuma aku terpikir... di manakah kita kaum melayu di bumi sendiri?

Masihkah leka dalam senang? Sesungguhnya aku sedar hari ini bahawa aku perlu ada matlamat yang konkrit dalam hidup ini. Matlamat perniagaan sudah aku tetapkan, namun apa matlamat kehidupan ku bersama anak isteri?

Inilah yang menjadi persoalan pokok kepada diriku ini sejak akhir-akhir ini.

Dan hari ini aku telah berazam dan menetapkan matlamatku dalam hidup ini. Dan aku telah tetapkan matlamat hidupku dengan keluargaku ini.

Semoga Allah S.W.T memakbulkan niat di hati ini. Amin.

~ishe~

No comments: