Tuesday, September 9, 2008

UPSR 2008

UPSR bermula pada hari ini. Insya-Allah, anakku Muhammad Nabiil akan mendudukinya pada pagi ini. Telah ku berdoa dan bertahajud untuknya. Semoga ketenangan dan ketenteraman sentiasa mendampingi dirinya sewaktu di dalam dewan peperiksaan pagi nanti. Semoga Nabiil dapat menjawap semua soalan dengan tepat dan betul, tanpa rasa ragu-ragu atau syak wasangka.

Ni gambar Nabiil selepas bersahur, last minutes check.....


8.10am - 9.00am Bahasa Melayu Pemahaman

9.40am - 10.55am Bahasa Melayu Penulisan

11.40am - 12.20pm Matematik Kertas 2

Ya Allah Ya Rabbi Ya Al-amin, semoga 5A dalam UPSR menjadi pencapaian anakku ini.
Ya Allah, semoga engkau berikanlah kesihatan tubuh badan kepada anakku ini.
Ya Allah, semoga engkau lapangkanlah pemikiran anakku ini semoga dapat menjawap semua soalan dengan betul dan tepat, dapat menjawap dengan tenang dan lapang, dapat memfokuskan diri terhadap soalan-soalan yang ditimbulkan.
Ya Allah, semoga kejayaan menjadi pencapaian bagi anakku ini.
Amin, Ya Allah.

~ishe~

No comments: