Bila aku google perkataan 'Makna Harga', salah satu entri yang menarik ialah :-
'Islam sebagai satu-satunya agama yang diredai Allah memberikan kita makna harga diri dan maruah diri. Tanpa agama semuanya itu tidak punya apa-apa erti.
Kalau benar-benar mahu menjaga maruah dan harga diri, perlu kembali kepada agama - hayatilah agama seluruhnya.
Aksi sebagai bukti. Usaha yang bersungguh-sungguh ke arah itu perlu ada. Jangan umur kita saja yang bertambah.
Tanpa pegangan agama, harga dan maruah diri akan dipertaruhkankan bila bertembung dengan pujukan janji kesenangan dan kepentingan yang sementara.
Amat wajar warga se educated kita untuk tegas dalam beradab, berakhlak, menjaga dan mempertahankan maruah diri, dan sentiasa di atas landasan kebenaran dan keadilan.'
~ petikan dari jiwakitamerdeka.blogspot.com
Namun, apabila kita tidak dapat menghargai apa yang kita ada, maka kita akan tersalah anggap bahawa apa yang kita ada itu akan berada di samping kita buat selama-lamanya. Dan keadaan akan lebih parah lagi apabila si asing menghargai apa yang kita ada itu.
Di sinilah bermulanya satu episod di mana kita beransur-ansur melupakan apa yang kita ada dan dengan tersendirinya si asing yang menghargai apa yang kita ada itu beransur-ansur menikmati apa yang kita ada itu.
Di satu peringkat, apabila kita tersedar dari lamunan yang jauh itu, kita akan merasa marah kepada si asing yang menghargai apa yang kita ada kerana menghargai apa yang kita ada sedangkan kita tidak menghargainya. Dan di sini jugalah kita akan merasakan bahawa kita sudah jauh terpisah dengan apa yang kita ada. Salahkah si asing yang tolong menghargai apa yang kita ada? Sedangkan si asing hanya memenuhi kekosongan yang ditinggalkan oleh kita sendiri. Wallahualam.
Semalam Nabiil bercerita tentang kawannya Arif yang mempunyai PSP dan adiknya PS apatah...yang dibawanya ke sekolah untuk bermain. Aku mula menceritakan bagaimana kita juga pernah ada Game Boy yang mahal itu. Tapi sayangnya entah ke mana. Sebab apa Arif masih mempunyai apa yang dia ada sedang kita sudah kehilangan apa yang kita ada? Kerana Arif menghargai apa yang dia ada, sedangkan kita tidak menghargai apa yang kita ada.
Aku merasa kecewa apabila membeli barang untuk anak-anak. Tiada penghargaan ke atas barang yang dibeli. Barangkali dia orang ingat bapak dia orang ni cetak wang kertas? Mentang-mentanglah aku ada percetakan.
Hari Jumaat lepas, aku singgah di SMO Pasir Mas 2 untuk mendapatkan Luna 48 untuk si Nafis. Dah hampir sebulan dia menahan rasa dari meminta Luna 48 dari aku. Akhirnya aku makbulkan keinginannya itu. 2 hari lepas, Nabiil bawak ke sekolah, 16 batang kaler ilang dari kotak, tinggal lagi 32 batang. Siap kata dia tak bersalah sebab bukan dia yang hilangkan, tapi kawan dia. Nasib baik ler dia cakap tu atas keter masa nak gi semayang terawikh, kalau tak sure kena mangkuk hayun dengan aku btol-btol. Terbakar betol....
Apa semua yang berlaku di atas hanya kerana kita tidak menghargai apa yang kita ada. Tidak kiralah sama ada apa yang kita ada itu barang atau manusia.
Hargailah apa yang kita ada kerana tidak selama-lamanya ianya menjadi milik kita. Namun sementara ianya menjadi milik kita, jadikanlah ianya satu kenangan yang paling manis dalam kehidupan kita.
~ishe~
No comments:
Post a Comment