Wednesday, September 10, 2008

Tan Sri A. Samad Ismail

Malam ini, aku menunggu anak-anak belajar. Aku plak menghadap komputer aku, dan aku mengambil sedikit masa membaca blog-blog sensasi di Malaysia. Antaranya blog Nuraina A Samad anak kepada Tan Sri A Samad Said.

http://nursamad.blogspot.com/2008/09/tuesdays-without-bapak.html

Aku tidak mengenali A Samad Ismail secara peribadi namun aku tahu dua nama yang sinonim sewaktu zaman aku kecil-kecil dahulu, iaitu A. Samad Ismail & A. Samad Said. Kedua-duanya merupakan karyawan agung Malaysia.

Pada 4 September 2008 jam 5.58 petang, Pak Samad telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Pantai Medical Centre.

Aku terus membaca nukilan Nuraina di dalam blognya, aku terkesima. Ayah dan ibuku masih bersamaku di dunia fana ini. Rasanya aku tidak dapat memperuntukkan masa sebanyak yang aku kehendaki untuk bersama dengan mereka kerana kesibukan dengan kerja-kerja seharian.
Dan aku berdoa semoga aku masih dapat bersama-sama dengan mereka sepanjang umur hayat ku.

~ishe~

No comments: