Pada hari ni, kami sepatutnya membuat pembukaan cawangan ke 16 Syarikat Muda Osman Sdn Bhd. Namun atas dasar keselamatan, pihak kami menunda ke 1hb November 2008.
Facade - Front
Facade - Left
Facade - Right
Taiko & Taliban
2 hari sebelum
Rasanya tak perlu nak citer lagi. A picture tells a thousand stories.
Semalam aku belajar pasal VISA dengan seorang yang penuh dengan visi dan misi. Visa yang bank wat kuar tu ker? Bukan! Visa kehidupan.
Katanya 'Kehidupan ini segalanya tentang Visa. Apakah yang kita lakukan setiap hari? Pagi kita akan buka mata. Malam kita akan menutup mata untuk tido. Dan sewaktu kita tido, Visa kita akan diperbaharui supaya mata kita boleh dibuka besok pagi. Namun, buka mata sewaktu pagi tidak semestinya kita akan buka mata untuk sepanjang hari. Mungkin untuk hanya separuh hari.'
Apa yang membezakan kita dengan orang lain? Sedangkan semua orang akan cuba memperbaharui Visanya setiap hari. Semuanya akan buka matanya bila siang menjelang dan menutup mata bila malam menjelma. Akan ada orang yang berkata bahawa pemandu bas & jaga tidur waktu siang dan kerja waktu malam. Namun bagi orang sebegini, siangnya adalah malamnya dan malamnya adalah siangnya.
Hmmm apa bezanya? Apa yang membezakan antara kita dengan orang lain ialah apa yang kita buat sepanjang Visa kita masih laku. Apa yang kita buat sepanjang hari akan kita tinggalkan di dunia yang fana ini bila Visa kita luput. Apa yang mengikuti kita cuma amalan kita. Selain dari itu, ditinggalkan di atas dunia untuk kegunaan orang yang lain. On Behalf.
Aku berharap Visa aku akan cukup panjang supaya dapat memberatkan amalan soleh dari amalan yang koleh. Amin
Awal malam, selepas solat Maghrib, kami dalam perjalanan pulang ke rumah terserempak dengan satu kebakaran. Kedai ini selalu kami kunjungi kerana Na'iman suka beli topup dia kat situ. Sewaktu kami tiba, asap baru saja bermula. Namun, tuan kedai sangat bernasib baik kerana jiran-jiran berdekatan telah menelefon BOMBA. Kurang lima minit, sampai 2 buah trak bomba ke tempat kejadian.
Bomba tiba di tempat kejadian
Api semakin marak
Bomba berjaya mengawal keadaan
Dan aku sangat-sangat berharap agar tiada manusia yang jahat cuba mengambil kesempatan di atas nasib malang tuan kedai tersebut.
Berita gembira malam ini ialah Liverpool FC 1 - 0 Chelsea.
Kini Liverpool di takhta Liga Premier Inggeris dengan 23 markah. Diikut oleh Chelsea 20 markah. Arsenal di tempat 4 dengan 16 markah, Manchester United plak di tangga ke lima dengan 15 markah.
Tahun ini sekali lagi pihak SMO & Staff mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di HQ pada hari Khamis 16hb Oktober 2008. Sambutan ini merupakan satu acara tahunan untuk staff-staff di HQ bermesra sesama sendiri. Bukan bermesra apa - mengeratkan silaturrahim.
Acara makan didahului oleh Saudara Ghazee
Ramainya kaum kerabat SMO Supervisor dari cawangan
Aku dan Kacang Sempalit
Dua tahun lepas, ini lah penangan Sambutan Hari Raya Aidilfitri - keracunan dek Mee Kari, aku terpaksa kensel trip ke Kuala Lumpur dan melepak di Hospital Pakar Perdana. Nasib baik ler ada insurance.
Semalam kami bergegas ke SMO@KBMall kerana Mr Subra menelefon mengatakan bahawa berlaku ketirisan di dalam kedai McDonald's disebabkan oleh kerja-kerja dilakukan oleh kontraktor kami di tingkat atas.
Apabila kami menyiasat, cuma syiling yang terkena air tersebut dan nasib baiklah tidak ada apa-apa kerosakan yang berlaku. Encik Aiman, Manager merangkap Owner Operator bagi McDonald's tersebut berjumpa dengan kami dan kami meyakinkan beliau, sekiranya berlaku apa-apa kerosakan disebabkan oleh kerja-kerja kami di atas, kami akan membayar gantirugi terhadap kerosakan tersebut.
Dikesempatan inilah kami berkenalan dan merancang untuk mengadakan kerjasama antara McDonald's dengan SMO di masa akan datang. Segala butiran terperinci akan dikenalpasti minggu hadapan.
2 minggu sudah berlalu. Bulan Ramadhan telah meninggalkan kita semua genap-genap 2 minggu. Apakah sudah kita berubah ke arah kebaikan? Ataupun kembali kita kepada keadaan yang asal? Kalau dalam bulan Ramadhan kita semua sama-sama memeriahkan masjid dengan Solat Isya' serta Solat Terawikh dan Solat Witir. Adakah kita masih lagi memeriahkan masjid dengan Solat Maghrib ataupun Solat Isya'?
Kalau dalam bulan Ramadhan kita bersolat selama sebulan berimamkan ahli-ahli tahfiz, bagaimana pula bulan Syawal ini? Lalaikah kita? Kembali kepada yang asalkah kita?
Semoga segala kebaikan yang kita buat di bulan Ramadhan dapat memagarkan diri kita dari segala kejahatan.
Ini hanyalah satu peringatan buat diri saya dan kita semua.
Yang baik jadikanlah panduan dan yang buruk jadikanlah sempadan.
Dari pengalaman kerja aku selama 16 tahun bekerja menjadi pekerja dan bos, aku dapat merasakan pahit manis perhubungan antara seorang pekerja dengan seorang bos.
90% dari pekerja tak suka kepada bos mereka. Hanya 10% sahaja yang sukakan bos mereka. Sebab apa aku berkata begitu? Akan aku cuba huraikan sebaik mungkin.
No 1 - Gaji. Sudah pastinya gaji bos lebih tinggi daripada staff. Sebab apa yea? Sebabnya bos laburkan duit untuk memulakan perniagaan mereka. Kalaulah boss labur RM100,000 untuk memulakan perniagaan, dan bos cuma ambik RM3,000 sebulan sebagai imbuhan. Agak-agak bila boleh ambik modal balik yea? 33 bulan bersamaan dengan 3 tahun. Maknanya 3 tahun boss ambik gaji RM3,000 sebulan hanya untuk ganti balik wang pelaburan mereka. Kalau taruk dalam Tabung Haji dah boleh dapat paling kureng 4% setahun.
No 2 - Gaji Staff luper, bila boss ambik gaji ... hmm dia orang cakap " Boss tak per la... gaji tinggi". Isk Isk Isk. Depa luper ker? Yang dekat 10tahun boss tak ambik gaji tu kenapa yea? Sebab nak kasi perut staff kenyang ler.
No 3 - Keter Bila boss beli keter, staff kata bos dah bergaya. Boss mula lupa diri. Bos dah tak ingat langit tinggi rendah. Tu belum lagi boss beli Mercedes ataupun BMW. Mau kalu boss beli Ferarri atau Porsche, staff tergolek-golek atas jalan raya.
No 4 - Belanja Kalau masa dulu-dulu bos selalu belanja staff, staff akan sentiasa mengharapkan tahun-tahun berikutnya ada. Memang manusia punyer sikap macam tu. Sekali dapat, tahun depan kalau mau dapat lagi. Kalau boss tak kasi? Staf akan kata boss kedekut. Boss tak pandai jaga hati pekerja. Sedangkan staff tak tahu, boss kurang belanja sebab nak kasi imbuhan extra bila dekat nak raya. Boss lak dok sibuk pikir pasal nak nak naik gaji setiap tahun, supaya staff gembira.
Petang tadi di depan Billion, Kota Seri Mutiara, aku ternampak sekumpulan Omputih berkeliaran di sekitar hadapan Billion. Nampak gaya macam dia orang stay kat Renaissance Kota Bharu Hotel. Kenapa lak aku cakap macam tu yea?
Pertama - dia orang nampak kelas gitu.
Kedua - Family trip.
Itulah persepsi aku terhadap omputih tu....
Cakap pasal persepsi ni, hari ni aku bawak keter boss aku. Masuk parking KB Mall kat bawah, tapi penuh la pulak. Terpaksa ler aku kuar dan masuk balik n parking kat atas. Masa masuk tu aku cakap kat boss, "nasib baik bawak keter boss, senyum jer Pak Guard kasi tiket parkingg. Kalau keter Kancil, dah lama dia tarik moncong." Aku gelak jer...kerana aku pernah mempunyai citer tersendiri pasal persepsi.
Citer Pertama Citer ini berlaku 4-5 tahun lepas. Aku, isteri dan Nafis telah travel ke Kuala Lumpur dengan flight. Sampai jer kat Kuala Lumpur, aku ambik cab terus ke rumah Auntie Yah di Subang Jaya untuk pinjam kereta dia, kereta Kancil 660 berwarna merah. Selepas itu, aku sekeluarga menuju ker Sheraton Hotel Subang. Sesampainya di sana, kami parking depan lobi hotel. Mamat bellboy tu wat dek jer. Pak Cik dan adik yang biasa dengan kami tak der, mungkin cuti agaknya. Terpaksalah aku dan family memikul beg-beg kami ke lobi hotel. Sampai di reception, Zarina ada, dan dia telah menolong kami check-in ..smoothly. Siap bagi room upgrade & fruit basket. Bila Zarina panggil bellboy tu angkat beg-beg kami, terkejut beruk bellboy tu tengok room yang kami duduk. Masa tu barulah muka manis, terhegeh-hegeh tegur kami. Kami wat dek jer, melepas la kau, aku takkan bagi tipsnye.
Citer Kedua Citer ini berlaku 4 tahun lepas. Aku ditugaskan untuk membeli peralatan perabut untuk SMO HQ. Masa tu aku bawak keter bos aku, W211. Keter tu lak baru jer dalam pasaran. Aku sampai di depan bangunan yang nak aku tuju. Parking plak tak der, depan bangunan ade signage No Entry. Aku himpit jer kat depan No Entry tu sambil suruh bini aku turun dulu. Ada Pak Guard kat depan tu berlari-lari menuju ke kereta aku. Aku agak mesti mamat ni nak halau aku, tapi aku salah. Rupa-rupanya dia datang dan alih signage No Entry, terus suruh aku masuk parking. Aku pun mengambil kesempatan di atas kebodekan Pak Guard tu.
Apa yang ingin aku perkatakan ialah, pemakaian, persekitaran, perwatakan akan mempengaruhi orang sekeliling kita.
Semalam waktu maghrib, SMO Kubang Kerian call aku, mengatakan ada orang nak sewa rumah aku kat Kampung Teluk, Kubang Kerian.
Malam tu, berkali-kali call aku. Pagi ni, awal pagi dah call nak cakap dengan aku. Sengaja aku tak angkat sebab aku was-was, camner orang boleh tahu aku ni kat SMO? Tak der orang tahu.
Aku rasa semacam jer dengan orang ni. Sebab dulu-dulu, tahun lepas tersebut la alkisah, ada sorang budak pompuan nak sewa dengan kawan-kawan dia kat rumah aku tu. Dah tengok rumah aku tu, dia orang pun setuju nak sewa.
Aku pun minta ler deposit dan sebagainya. Siap suruh Ah Gee pasang kipas dan lampu segalanya. Semua urusan ini aku wat kat Penang sebab nak gi antar Nasrullah ke Penang. Jadik, bila dah setuju, dia orang pun masukkan barang-barang dia orang ke rumah aku tu.
Bila aku balik from Penang, dia call kata tak jadi nak sewa sebab rumah tu kotor dan dia orang dah ada rumah lain untuk sewa. Aku kata ok, tapi deposit tu aku kena forfeit ler, sebab dia orang dah letak barang sumer. Dah ler tu, kunci pun tak nak antar balik. Siap ugut-ugut bini wa lagi... aku tak peduli, hanya Allah S.W.T yang berkuasa.
So, aku heran macamana orang buleh tahu aku ni kat SMO sedangkan yang tahu cuma budak yang sewa rumah tu dulu. Unless ada orang bagitahu jiran-jiran aku tu.
Tengok lah tu, banyak kali dia call. Banyak nombor yang dia pakai.
Walaubagaimanapun, aku dah buat keputusan tidak akan bagi sewa dulu rumah tu kat dia. Aku akan mencari orang yang ssuai dengan rumah itu.
Aku ni memang minat blog-blog ni. Dari dulu lagi aku ingat blogging ni senang jer...
Tapi bila aku cuba....
2005 - 1 entri
2006 - 6 entri
2007 - 1 entri
2008 - byk entri
Hehehe....susah wooooo....
Memang senang bila bukan kita yang buat. Dan aku masih lagi mencari-cari .... aku rasa aku bukan dilahirkan untuk menjadi penulis.. Maybe aku dilahirkan untuk membaca.
Now ni aku lapar... ni ler makanan aku malam ni...
2 tahun berlalu, akhirnya SMO akan berada di KB Mall. Akhirnya dua bulan lepas, pihak pengurusan KB Mall terbuka hati mengambil kami sebagai tenant terbaru di KB Mall.
Hari ini merupakan hari yang ke dua pihak kontraktor dilantik menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian kedai tersebut. Tengahari tadi, rombongan Jejaka Macho menjejaki kerja-kerja yang dibuat.
Komen 1 - dek malas nak hack lantai, sikontraktor nak raised lantai 6 inci... alahai.. mana ada orang buat kedai kat dalam mall naik tangga abang oooiiii. Kok yea nak berlainan dari orang pun, jangan ler sampai orang gelak kat kita. Jiho keno jago bae....
Komen 2 - beribu pitih, takkan le tak der supervisor? ish ish ish.
Komen 3 - 2 ari keje sampai kol 1 pagi & 3 pagi ... wat apa? isap rokok dengan minum air je ker?
Komen 4 - Nak level lantai.. kenapalah x level sumer sekali? Kenapa level sikit-sikit? Kang silap skit... nampak ler bodoh nyer wat keje.
Komen 5 - Cadang nak bukak akhir bulan 10. Subcon yang wat keje tu pun tak tahu kami nak bukak akhir bulan. Camner wat keje ni? Main bantai jer ker?
Komen 6 - Kalau tak jaga, projek ni akan jadi projek tertunda.... maaf la bro, ambo x confident dengan keje-keje demo.
Komen 7 - Tunggu dan lihat jer...
Semoga projek ini menjadi projek yang mendatangkan keuntungan kepada SMO dan membawa rezeki yang melimpah ruah buat SMO. Amin.
Baby, when I met you there was peace unknown I set out to get you with a fine tooth comb I was soft inside, there was somethin going on You do something to me that I cant explain Hold me closer and I feel no pain Every beat of my heart We got somethin goin on Tender love is blind It requires a dedication All this love we feel Needs no conversation We ride it together, ah-ah Makin love with each other, ah-ah
Chorus:
Islands in the stream That is what we are No one in-between How can we be wrong Sail away with me to another world And we rely on each other, ah-ah From one lover to another, ah-ah
I cant live without you if the love was gone Everything is nothin if you got no one And you did walk in tonight Slowly loosen sight of the real thing
But that wont happen to us and we got no doubt Too deep in love and we got no way out And the message is clear This could be the year for the real thing
No more will you cry Baby, I will hurt you never We start and end as one, in love forever We can ride it together, ah-ah Makin love with each other, ah-ah
Tersebut al-kisah, satu hari di zaman akan datang, ada 3 beradik yang kesemuanya perempuan. Ketiga-tiga beradik itu datang dalam pelbagai saiz badan. Maka, kakak yang sulong mencadangkan supaya mereka menimbang berat badan mereka bagi mengetahui siapakah yang terberat antara mereka.
Adik bongsu menaiki mesin timbangan, wang 50sen dimasukkan ke dalam mesin timbangan. Lalu mesin timbangan berkata, "Berat anda adalah 50kg". Lalu si bongsu tersenyum simpul.
Anak yang tengah menaiki mesin timbangan dan 50sen dimasukkan ke dalam mesin timbangan. Lalu mesin timbangan berkata, "Berat anda adalah 70kg". Si tengah tersenyum sambil berkata dalam hati, "boleh tahan".
Kakak yang sulong berkata "Tepi, akak pulak nak naik". Lalu si kakak sulong menaiki mesin timbangan dan memasukkan wang siling 50sen. Dan mesin timbangan berkata "Naik sorang-sorang, jangan naik ramai-ramai".
Waaaaa ..... jangan makan banyak masa open house raya, nanti mesin perli kita.
Selamat Ulang Tahun Hari Lahir diucapkan kepada anakku Na'iman. Sweet 17. Sekejap sajer masa berlalu. Daripada seorang budak yang cute, kini menjadi seorang remaja yang hensem.
Semoga tahun ini, Na'iman mendapat 11A di dalam SPM sebagaimana yang diidamkan olehnya selama ini. Namun setiap usaha mestilah digandakan. Masa yang ada jangan disia-siakan.