Pertama - dia orang nampak kelas gitu.
Kedua - Family trip.
Itulah persepsi aku terhadap omputih tu....
Cakap pasal persepsi ni, hari ni aku bawak keter boss aku. Masuk parking KB Mall kat bawah, tapi penuh la pulak. Terpaksa ler aku kuar dan masuk balik n parking kat atas. Masa masuk tu aku cakap kat boss, "nasib baik bawak keter boss, senyum jer Pak Guard kasi tiket parkingg. Kalau keter Kancil, dah lama dia tarik moncong." Aku gelak jer...kerana aku pernah mempunyai citer tersendiri pasal persepsi.
Citer Pertama
Citer ini berlaku 4-5 tahun lepas. Aku, isteri dan Nafis telah travel ke Kuala Lumpur dengan flight. Sampai jer kat Kuala Lumpur, aku ambik cab terus ke rumah Auntie Yah di Subang Jaya untuk pinjam kereta dia, kereta Kancil 660 berwarna merah. Selepas itu, aku sekeluarga menuju ker Sheraton Hotel Subang. Sesampainya di sana, kami parking depan lobi hotel. Mamat bellboy tu wat dek jer. Pak Cik dan adik yang biasa dengan kami tak der, mungkin cuti agaknya. Terpaksalah aku dan family memikul beg-beg kami ke lobi hotel. Sampai di reception, Zarina ada, dan dia telah menolong kami check-in ..smoothly. Siap bagi room upgrade & fruit basket. Bila Zarina panggil bellboy tu angkat beg-beg kami, terkejut beruk bellboy tu tengok room yang kami duduk. Masa tu barulah muka manis, terhegeh-hegeh tegur kami. Kami wat dek jer, melepas la kau, aku takkan bagi tipsnye.
Citer Kedua
Citer ini berlaku 4 tahun lepas. Aku ditugaskan untuk membeli peralatan perabut untuk SMO HQ. Masa tu aku bawak keter bos aku, W211. Keter tu lak baru jer dalam pasaran. Aku sampai di depan bangunan yang nak aku tuju. Parking plak tak der, depan bangunan ade signage No Entry. Aku himpit jer kat depan No Entry tu sambil suruh bini aku turun dulu. Ada Pak Guard kat depan tu berlari-lari menuju ke kereta aku. Aku agak mesti mamat ni nak halau aku, tapi aku salah. Rupa-rupanya dia datang dan alih signage No Entry, terus suruh aku masuk parking. Aku pun mengambil kesempatan di atas kebodekan Pak Guard tu.
Apa yang ingin aku perkatakan ialah, pemakaian, persekitaran, perwatakan akan mempengaruhi orang sekeliling kita.
Wallahualam.
~ishe~
No comments:
Post a Comment