Monday, October 13, 2008

Saper Suka Boss? Part 1

Hari ini aku nak tulis pasal boss dan staff.

Dari pengalaman kerja aku selama 16 tahun bekerja menjadi pekerja dan bos, aku dapat merasakan pahit manis perhubungan antara seorang pekerja dengan seorang bos.

90% dari pekerja tak suka kepada bos mereka. Hanya 10% sahaja yang sukakan bos mereka. Sebab apa aku berkata begitu? Akan aku cuba huraikan sebaik mungkin.

No 1 - Gaji.
Sudah pastinya gaji bos lebih tinggi daripada staff. Sebab apa yea? Sebabnya bos laburkan duit untuk memulakan perniagaan mereka. Kalaulah boss labur RM100,000 untuk memulakan perniagaan, dan bos cuma ambik RM3,000 sebulan sebagai imbuhan. Agak-agak bila boleh ambik modal balik yea? 33 bulan bersamaan dengan 3 tahun. Maknanya 3 tahun boss ambik gaji RM3,000 sebulan hanya untuk ganti balik wang pelaburan mereka. Kalau taruk dalam Tabung Haji dah boleh dapat paling kureng 4% setahun.

No 2 - Gaji
Staff luper, bila boss ambik gaji ... hmm dia orang cakap " Boss tak per la... gaji tinggi". Isk Isk Isk. Depa luper ker? Yang dekat 10tahun boss tak ambik gaji tu kenapa yea? Sebab nak kasi perut staff kenyang ler.

No 3 - Keter
Bila boss beli keter, staff kata bos dah bergaya. Boss mula lupa diri. Bos dah tak ingat langit tinggi rendah. Tu belum lagi boss beli Mercedes ataupun BMW. Mau kalu boss beli Ferarri atau Porsche, staff tergolek-golek atas jalan raya.

No 4 - Belanja
Kalau masa dulu-dulu bos selalu belanja staff, staff akan sentiasa mengharapkan tahun-tahun berikutnya ada. Memang manusia punyer sikap macam tu. Sekali dapat, tahun depan kalau mau dapat lagi. Kalau boss tak kasi? Staf akan kata boss kedekut. Boss tak pandai jaga hati pekerja. Sedangkan staff tak tahu, boss kurang belanja sebab nak kasi imbuhan extra bila dekat nak raya. Boss lak dok sibuk pikir pasal nak nak naik gaji setiap tahun, supaya staff gembira.

To Be Continued

~ishe~

No comments: