Tersebut al-kisah, satu hari di zaman akan datang, ada 3 beradik yang kesemuanya perempuan. Ketiga-tiga beradik itu datang dalam pelbagai saiz badan. Maka, kakak yang sulong mencadangkan supaya mereka menimbang berat badan mereka bagi mengetahui siapakah yang terberat antara mereka.
Adik bongsu menaiki mesin timbangan, wang 50sen dimasukkan ke dalam mesin timbangan. Lalu mesin timbangan berkata, "Berat anda adalah 50kg". Lalu si bongsu tersenyum simpul.
Anak yang tengah menaiki mesin timbangan dan 50sen dimasukkan ke dalam mesin timbangan. Lalu mesin timbangan berkata, "Berat anda adalah 70kg". Si tengah tersenyum sambil berkata dalam hati, "boleh tahan".
Kakak yang sulong berkata "Tepi, akak pulak nak naik". Lalu si kakak sulong menaiki mesin timbangan dan memasukkan wang siling 50sen. Dan mesin timbangan berkata "Naik sorang-sorang, jangan naik ramai-ramai".
Waaaaa ..... jangan makan banyak masa open house raya, nanti mesin perli kita.
~ishe~
No comments:
Post a Comment