Sunday, October 26, 2008

Suka & Duka

Malam ini dipenuhi dengan suka dan duka.

Awal malam, selepas solat Maghrib, kami dalam perjalanan pulang ke rumah terserempak dengan satu kebakaran. Kedai ini selalu kami kunjungi kerana Na'iman suka beli topup dia kat situ. Sewaktu kami tiba, asap baru saja bermula. Namun, tuan kedai sangat bernasib baik kerana jiran-jiran berdekatan telah menelefon BOMBA. Kurang lima minit, sampai 2 buah trak bomba ke tempat kejadian.

Bomba tiba di tempat kejadian

Api semakin marak

Bomba berjaya mengawal keadaan
Dan aku sangat-sangat berharap agar tiada manusia yang jahat cuba mengambil kesempatan di atas nasib malang tuan kedai tersebut.


Berita gembira malam ini ialah Liverpool FC 1 - 0 Chelsea.

Kini Liverpool di takhta Liga Premier Inggeris dengan 23 markah. Diikut oleh Chelsea 20 markah. Arsenal di tempat 4 dengan 16 markah, Manchester United plak di tangga ke lima dengan 15 markah.

~ishe~

No comments: