Friday, October 31, 2008

VISA

Semalam aku belajar pasal VISA dengan seorang yang penuh dengan visi dan misi. Visa yang bank wat kuar tu ker? Bukan! Visa kehidupan.

Katanya 'Kehidupan ini segalanya tentang Visa. Apakah yang kita lakukan setiap hari? Pagi kita akan buka mata. Malam kita akan menutup mata untuk tido. Dan sewaktu kita tido, Visa kita akan diperbaharui supaya mata kita boleh dibuka besok pagi. Namun, buka mata sewaktu pagi tidak semestinya kita akan buka mata untuk sepanjang hari. Mungkin untuk hanya separuh hari.'

Apa yang membezakan kita dengan orang lain? Sedangkan semua orang akan cuba memperbaharui Visanya setiap hari. Semuanya akan buka matanya bila siang menjelang dan menutup mata bila malam menjelma. Akan ada orang yang berkata bahawa pemandu bas & jaga tidur waktu siang dan kerja waktu malam. Namun bagi orang sebegini, siangnya adalah malamnya dan malamnya adalah siangnya.

Hmmm apa bezanya? Apa yang membezakan antara kita dengan orang lain ialah apa yang kita buat sepanjang Visa kita masih laku. Apa yang kita buat sepanjang hari akan kita tinggalkan di dunia yang fana ini bila Visa kita luput. Apa yang mengikuti kita cuma amalan kita. Selain dari itu, ditinggalkan di atas dunia untuk kegunaan orang yang lain. On Behalf.

Aku berharap Visa aku akan cukup panjang supaya dapat memberatkan amalan soleh dari amalan yang koleh. Amin

~ishe~

No comments: