Semalam kami bergegas ke SMO@KBMall kerana Mr Subra menelefon mengatakan bahawa berlaku ketirisan di dalam kedai McDonald's disebabkan oleh kerja-kerja dilakukan oleh kontraktor kami di tingkat atas.
Apabila kami menyiasat, cuma syiling yang terkena air tersebut dan nasib baiklah tidak ada apa-apa kerosakan yang berlaku. Encik Aiman, Manager merangkap Owner Operator bagi McDonald's tersebut berjumpa dengan kami dan kami meyakinkan beliau, sekiranya berlaku apa-apa kerosakan disebabkan oleh kerja-kerja kami di atas, kami akan membayar gantirugi terhadap kerosakan tersebut.
Dikesempatan inilah kami berkenalan dan merancang untuk mengadakan kerjasama antara McDonald's dengan SMO di masa akan datang. Segala butiran terperinci akan dikenalpasti minggu hadapan.
Wallahualam.
~ishe~
No comments:
Post a Comment